29 October 2020. Dapat 1 job hantar barang dari bangsar ke bandar kinrara puchong. Dalam perjalanan, hujan lebat. Berhenti kat satu petronas taman medan ni. Dengan baju hujan tak standby, habis lencun semuanya. Dalam kesejukan, tiba tiba perut berbunyi, tgk jam nak dekat pukul 3. Teringat masa keluar rumah tadi, sempat jamah nasi goreng sikit kat rumah. Tiba-tiba ada satu kereta berhenti dekat dengan aku, keluar sorang brader dari kereta, beri satu bungkusan warna coklat, siap garpu sudu dan sebotol mineral dekat sorang pakcik india yang jual putu mayam ni. Kemudian, dia hulur juga dekat aku, katanya "nasi bang" alhamdulillah, memang tengah lapar masa tu. Then dia beri pada semua driver grab yang berteduh dekat situ. Aku perhati je brader ni. Dalam masa yang sama, terlintas difikiran. Dia memberi saat orang susah, kesejukan kena hujan. Kebetulan, harini 12 Rabiul awal. Sempena dengan kelahiran Baginda s.a.w. Mudahnya nak buat kebaikan. Kita hidup atas Redha Allah dan Syafaat Rasulullah s.a.w dia memberi, dan orang mendoakan dia di saat salah satu waktu mustajab doa, iaitu ketika waktu hujan. Subhanallah. Semoga kita belajar sesuatu dari setiap kebaikan yang datang. Selawat luhhhh, Allahhumma Solli Ala Saidina Muhammad. 😘 #grabdriver #grabfood #grabmalaysia #grabfoodmy #alhamdulillah #abuhanifah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama (at Bandar Kinrara) https://www.instagram.com/p/CG67iDAMK4R/?igshid=1wi5sqvs4o9li
















