#4Seasons #ChineseFood #HalalKN #DKReviews #DKFoodReview Antara restoran-restoran "fine dining" ala Kelantan yang masyhur di Kota Bharu adalah Restoran 4 Musim (4 Seasons) yang terletak di Jalan Sri Cemerlang. Saya kurang pasti apakah tema masakan atau kategori yang paling sesuai untuk 4 Seasons samada masakan Cina atau masakan Thai. Sewaktu kunjungan terakhir saya tempohari pembuat pesanannya adalah @RajaFarahRAziz - ini adalah restoran kegemerannya di Kota Bharu. Antara makanan yang dipesan adalah: 1. Roti Goreng Kuah Udang 2. Daging Rusa Goreng Lada Hitam- gambar hilang daripada simpanan! 3. Ketam Cengkerang Lembut Celup Tepung (soft shell crab) 4. Sayur Kailan DAN 5. Air Halia (campur madu) Saya memang sangat suka dengan pilihan-pilihan makanan Raja Farah kerana dia memang tahu apa yang kami patut cuba (kata pengacara program Rasa Halal Antarabangsa kann?). Ada 3 makanan yang menjadi "highlight" iaitu: 1. KETAM CENGKERANG LEMBUT CELUP TEPUNG. Ini adalah kerana sebagai penggemar ketam, sy cukup malas "ngepoh". Kebiasaannya kalau makan Maggi Ketam saya akan makan separuh ekor sahaja ketam kerana "too much effort" utk makan ketam nipah- malas! Tapi "soft shell crab" ni saya "lost count" berapa saya makan. KENA CUBA! 2. DAGING RUSA GORENG LADA HITAM pula saya suka kerana jarang-jarang boleh jumpa daging rusa di kedai makan di sekitar Kota Bharu ni. Dagingnya lembut dan terasa kerusaannya itu. 3. ROTI GORENG KUAH UDANG- ini paling "champion!". Sewaktu tinggal di KL dulu saya pernah beberapa kali ke Lala Chong utk roti goreng yang dicicah dengan kari ketam- too much effort but sedap! Selepas beberapa tahun baru minggu lepas saya tahu kewujudan roti goreng yang lembut seperti Lala Chong sebenarnyo wujud di Kota Bharu. Memang sangat disyorkan walaupun berbeza daripada yang saya pernah makan kerana kuah udangnya seperti dimasak dengan "uht whipping cream" dan terasa lemaknya, dipadankan pula dengan roti goreng (mungkin buat sendiri atau mungkin jenama Mantou) memang mabeles! Harga & waktu operasi saya kurang pasti tetapi jumlah keseluruhan untuk kami 6 orang adalah sekitar RM250. . ♫ Music: Justin Timberlake 'Mirrors' (at Four Seasons Restaurant)












