Saranan Rasulullah,apabila manusia buat baik kepada kita,balaslah ia dengan kebaikan. Begitu juga jika mereka berlaku jahat kepada kita,balaslah dengan kebaikan kerana apa yang Islam tekankan,bukan balasan di dunia tapi balasan di akhirat kelak.
Jom kita contohi baginda dalam mengajar kita erti Karma(baca:Sebab dan Akibat). Semasa hayat baginda,ada seorang makcik yang seringkali meludah dan mencaci baginda tapi pada satu hari,makcik itu ditakdirkan jatuh sakit. Lalu baginda pun pergi melawat dan menyiapkan ubat untuk makcik itu makan dan akhirnya,makcik itu memeluk Islam. Lihatlah,walaupun orang berlaku buruk pada baginda tapi baginda tetap berlaku baik padanya. Semuanya kerana satu sebab iaitu kerana baginda mengejar balasan akhirat bukan balasan dunia.
Sekali lagi,marilah sama-sama kita berlaku baik sesama kita walaupun kita dianiayai,walaupun kita ditipu,walaupun kita dipermainkan kerana apa yang penting ialah balasan akhirat,bukan balasan dunia.