Day 1: Sesi orientasi & ice-breaking
Hari ni hari pertama Projek Rumah Ibadat Kita Brickfields bermula dengan sesi suai-kenal antara geng baru projek ni! Bertempat dalam bilik kuliah di Kuil Sri Kandaswamy Kovil Brickfields, seramai 14 orang peserta ikut serta dalam aktiviti yang bermula pada jam 11:30 pagi dengan ice-breaking games yang memperkenalkan geng projek antara satu sama lain.
Ice-breaking game: Bang-bang!
Ice-breaking game: Blanket wall
Ice-breaking game: Charade: Teka cita-cita masa muda peserta-peserta lain.
Lepas tu setiap peserta berkongsi harapan mereka dan tujuan mereka nak join projek ni. Ada yang menulis "To gain new experience", "To make new friends from different religious background" dan ramai juga yang menulis sebab utama mereka join projek ni ialah untuk belajar mengenali dan memahami budaya dan agama orang lain yang berbeza dari mereka. Tapi ramai juga yang tulis "To have FUN!"
Kemudian, fasilitator dan pengurus Projek Rumah Ibadat Kita memperkenalkan latar belakang projek pertama mereka, projek Chow Kit Kita, yang telah memetakan rumah-rumah ibadat di Chow Kit bersama geng remaja-remaja di Chow Kit. Rupa-rupanya ada seorang peserta baru projek ni pernah volunteer untuk Projek Chow Kit Kita dulu pada tahun 2010!
Ia diikuti sesi penerangan mengenai Projek Rumah Ibadat Kita Brickfields yang menerangkan objektif, kerangka, tenaga pengajar dan jadual projek ini yang memakan masa selama dua setengah bulan dari Ogos hingga Oktober.
Pengurus projek & fasilitator memberi penerangan.
Kami juga mengenalpasti kebimbangan peserta-peserta dan cuba mencari jalan penyelesaian bersama untuk mengatasi kebimbangan ini.
Lepas tu kami lalui sesi berkongsi kebimbangan atau kerisauan tentang projek ni, diikuti dengan perbincangan mengenai 'ground rules' khas untuk projek ni. Yang paling menarik, peserta-peserta projek ni sendiri yang merangka dan meluluskan peraturan projek mereka sendiri hasil perbincangan yang melibatkan semua peserta. Setelah mendengar dan membincangkan semua cadangan yang diusulkan, kami semua bersetuju dengan 'ground rules' di bawah:
Sesi orientasi diakhiri dengan sesi 'self-assessment' untuk mengenalpasti berapa banyak yang kita tahu tentang amalan agama-agama lain dan pasal rumah-rumah ibadat di Brickfields dengan cara yang interaktif.
Dengan itu, tamatlah sesi orientasi & pertemuan kita yang pertama.
Berikut adalah wajah-wajah 14 orang peserta geng PROJEK RUMAH IBADAT KITA BRICKFIELDS!