Jangan Leburkan Duit Anda... Ramai yang tidak sedar budget mengalir kepada tempat tidak sebetulnya sebagai contoh pengalihan point2 elektrik, point paip, dinding serta tingkap dan pintu. Bukankah kerja pengalihan itu pun memerlukan kos jugak kan? Lagi teruk bila dah siap atau nak siap baru terhegeh-hengeh nak ubah ini dan ubah itu. Lagilah melayang...betul ke idop? Untuk mengelak benda ini berlaku "SPACE PLANNING" boleh mengambil alih tugas anda dan sekaligus menjimatkan sebahagian kos anda. SPACE PLANNING ini juga boleh dikatakan khidmat nasihat tentang apa yang perlu dibuat serta bagaimana rekabentuk yang sebenarnya. Selamat sebelum terlambat kerana kos anda akan terus meningkat tanpa anda sedar dan tidak boleh kawal ialah pada peringkat "FINISHING". Peringkat ini merangkumi pemilihan tile / mozek, cat, peralatan elektrik, langsir serta perabot. Ha kan...susah kan nak kawal bila di peringkat ini kerana semestinya kita mahukan yang terbaik serta yang mengikut citarasa kita. Untuk itu kita sepatutnya lebih awal "SPACE PLANNING" kan ruang kediaman kita tambah lagi yang melibatkan ruang / barang yang perlu ditempah. #fastroleresources #duniakabinetdapur #kabinetdapurbudget #idkelantan #hiasandalaman #spaceplanning #kotabharu #kelantan #impiana #karangkraf #dapur (at FAST ROLE RESOURCES) https://www.instagram.com/p/Bn5YByKh0OD/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=10e82hb23c0rz











