Ketika Rasulullah s.a.w ditanya, “Apakah itu agama?” Baginda telah menjawab, “Agama itu ialah akhlak yang baik.” Demikian maksud hadis riwayat Imam Ahmad. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang bekerja di jalan agama, sebagai pejuang Islam mesti mempunyai akhlak Islam sebagai contoh terhadap apa yang diperjuangkan. Seorang pejuang agama, dibezakan dengan orang awam pada akhlaknya. Tujuan utama perjuangan Islam adalah untuk memulihkan akhlak manusia terhadap Khaliqnya. Manusia yang diciptakan dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah, pada setiap zaman telah mengalami krisis akhlak, justeru mereka menderhakai Allah, hatta syirik kepada Rabbul Jalil. Lantaran itu, Nabi-nabi AS telah diutuskan untuk mengembalikan manusia kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Pada suatu hari, telah ditanyakan kepada Ummul Mukminin, Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab, “Akhlaknya adalah al-Quran.” Nah! Di hadapan kita sekarang adalah perjuangan untuk menegakkan al-Quran dan Sunnah dalam seluruh sistem kehidupan. Bagaimanakah kita dapat mendirikan sebuah negara yang berasaskan al-Quran, jika al-Quran itu sendiri tidak berdiri di dalam diri kita. Ternyata Rasulullah s.a.w telah mendirikan akhlaknya dengan al-Quran, kemudian seluruh Sahabat RA juga turut mendirikan akhlaknya dengan al-Quran, sehingga terbangun sebuah masyarakat dan negara yang mendaulatkan al-Quran. . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #my_genggua #ikutcarakita #pahalaproject #igerstarbiah #teamtazkirah #cahayaislam #islamisfirstclass #dakwahmudah #akhlak #peringatan #peringatanbersama #islam (at Felda Sg Sayong)