Mencari si pembuat rubber stamp Tapi terjumpa pula dapur yang mengenyangkan perut. ADA pelbagai menu menarik. Tapi memilih nak gaya makan mek Salleh. Spageti cabonara pilihan kanak-kanak riang, akak pilih meatball cheese. Spageti agak keras sikit diolah masak oleh chef kedai Ini. Sesuai untuk tekak dewasa sebab ada taburan rempah, memang kanak-kanak kurang suka. Begitu juga dengan meatball yang dipenuhi dengan hirisan bawang besar dan lada capsicum. Akak suka... Rasa pun ngam-ngam dengan selera. Air pula, kami pilih air unicorn. Cantik warnanya rasanya masam-masam manis. Kanak-kanak kurang gemar perisa begini. Air coklat pilihan kedua memang mengancam sebab ada aiskrim. Yang ini duluan kena hirup. Kedai agak panas kerana mereka dah keluarkan penghawa dingin untuk berpindah ke lokasi berdekatan. Hanya 150meter saja kedai baru yang akan beroperasi kelak. Bagusnya awal sebelum kami masuk staf sudah minta maaf atas segala kekurangan. Layanan mesra staf memang terbaik. Pandai memikat hati kanak-kanak. Tahniah, kekalkan prestasi. Ada rezeki kami datang lagi. #kattnisdaporcheese #jalanbayam #kotabharu #kelantan #ceritakudotmy #ceritakumy #dknadotmy (at Kattnis Dapor Cheese.) https://www.instagram.com/p/CC-N5DeDawv/?igshid=1spm8j8whnb1c















