New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/23/eric-paulsen-bebas-dengan-jaminan-polis/
Eric Paulsen bebas dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR, 23 Mac:
Peguam hak asasi manusia yang juga Pengarah Eksekutif Lawyer For Liberty, Eric Paulsen yang ditahan semalam di bawah Akta Hasutan 1948 dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, Eric yang ditahan reman di Lokap Balai Polis Jinjang dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang tadi.
“Kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman,” katanya.
Paulsen ditahan semalam berhubung dua kenyataannya mengenai undang-undang hudud di Twitter dan disiasat oleh polis Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Dia ditahan di Dataran Merdeka semalam namun tempoh reman tidak disambung.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Paulsen sebelum ini turut didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat.















