New Post has been published on
New Post has been published on http://malaysianreview.com/143470/8-individu-kena-dakwa-cara-putrajaya-aniaya-bersih-4-kata-peguam/
8 individu kena dakwa, cara Putrajaya aniaya Bersih 4, kata peguam
Pendakwaan 8 individu hari ini kerana ambil bahagian dalam himpunan #KitaLawan adalah penganiayaan, kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Libery Eric Paulsen. – Gamabr TMI
Pendakwaan ke atas 8 individu hari ini, termasuk ahli politik pembangkang dan aktivis, kerana mengambil bahagian dalam himpunan #KitaLawan pada 28 Mac lalu dianggap satu penganiayaan, kerana himpunan itu berlangsung dengan aman, kata kumpulan peguam.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen berkata, dakwaan itu dibuat tidak sampai 2 minggu selepas berlangsungnya himpunan 34 jam Bersih 4 yang menyaksikan puluhan ribu membanjiri Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
“Ini dakwaan bermotifkan politik kerana semua yang dinamakan dalam kertas dakwaan juga terlibat, sama ada sebagai penganjur atau peserta, dalam Bersih 4,” katanya.
8 individu itu adalah Ahli Parlimen Bayan Baru daripada PKR Sim Tze Tzin, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang, Adun Semambu Lee Chean Chung serta aktivis Mandeep Singh, Adam Adli Abd Halim, Fariz Musa dan Rozan Mat Azen, yang merupakan pembantu kepada ahli Parlimen Batu daripada PKR.
Mereka berdepan dakwaan hari ini mengikut Akta Perhimpunan Aman yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000.
Wakil rakyat seperti Sim, Chang dan Lee berdepan risiko kehilangan kerusi jika mahkamah mendenda mereka melebihi RM2,000 seorang.
Maria dan Mandeep adalah penganjur Bersih 4 sementara mereka yang lain, sedikit sebanyak terlibat mengambil bahagian dalam himpunan itu.
Paulsen berkata, tiada sebarang kesalahan dilakukan kerana hak berhimpun dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan melainkan jika berlaku kemusnahan harta benda dan kacau bilau.
“Acara itu (#KitaLawan) berakhir aman, seperti himpunan Bersih 4. Orang ramai menggunakan hak demokratik mereka bagi berhimpun secara aman,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Paulsen, seorang peguam hak asasi berkata, dakwaan ini menghantar isyarat yang Putrajaya akan bertindak terhadap penganjur mana-mana himpunan walaupun tiada sebarang insiden tercetus dan ia berlangsung aman.
“Jadi walaupun anda berdemonstrasi secara aman dan polis membantu aliran trafik, beberapa bulan atau beberapa tahun kemudian, mereka boleh sahaja membuka fail dan mendakwa anda jika anda buat kerajaan tidak senang atau mencabar mereka.
“Berdasarkan masa dakwaan itu dibuat, saya fikir ia bersangkut-paut dengan Bersih 4 kerana himpunan #KitaLawan berakhir beberapa bulan lalu,” kata pengasas bersama LFL itu.
PKR menganjurkan satu siri himpunan #KitaLawan tahun ini bagi menyokong ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Himpunan #KitaLawan pada 28 Mac menarik minat kira-kira 10,000 orang – lebih daripada 3 himpunan sama sebelumnya. – TMI
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank!