Promosi Dan Peraduan Hebat Bersempena Ramadan Dan Raya
Lately ni bukak aje radio, mesti akan dengar iklan kurma. Itu menunjukkan Ramadan dah makin hampir. Cepat betul ya masa berlalu, pejam celik pejam celik, dah nak Ramadan. Alhamdulillah syukur, kita masih di beri peluang untuk menikmati bulan yang penuh dengan rahmat ini.
Bila dah dekat Ramadan, maka ramailah yang sibuk membuat persiapan menyambut Ramadan juga Raya, masa ini jugalah banyak pusat membeli belah atau pasaraya mengadakan promosi yang cukup menarik minat pelanggan untuk singgah bershopping.
Bagi saya, bagus juga diadakan promosi awal sebegini, sekurang-kurangnya kita berpeluang menyediakan persiapan Ramadan juga persiapan Hari Raya awal. Beli sekarang tak adalah kelam kabut bila hari yang dinantikan tiba.
Saya bila ada promosi, memang saya akan beli awal, kumpul sedikit-sedikit supaya tak kelam kabut bila tiba puasa dan raya. Lagipun bolehlah saya berjimat cermat bila ada promosi ni..maklumlah, laki tak dak nak ajak bershopping, so kenalah pandai-pandai berbelanja supaya tak terover budget..hehehe.
Promosi Dan Peraduan Hebat Bersempena Ramadan Dan Raya
Macam biasa, saya suka berbelanja di Lulu Hypermarket, Kuala Lumpur, sebab Lulu rajin buat promosi yang cukup hebat dan menjimatkan. Dah lah tu, di bawah satu bumbung, macam-macam saya boleh beli, dari barangan basah, gadget, baju dan macam-macam lagi kita boleh beli di sini.
Bersempena Ramadan dan Raya tahun ini, Lulu turut mengadakan promosi dan peraduan hebat buat para pelanggannya, antaranya adalah :
Ramadan Sale (1 May – 10 June 2019)
Bazar Raya (until 21 May 2019) – Promotion Area, Level 2.
Dream Drive Contest (1 May – 1 September 2019).
Promosi Mingguan (pada hujung minggu)
Ramadan Sale (1 Mei – 10 Jun 2019)
Bermula 1 Mei hingga 10 Jun 2019 para pelanggan dapat menikmati penjimatan sehingga 70% pada fesyen, kasut, beg tangan, elektronik / IT, telefon bimbit, isi rumah, perabot rumah, mainan dan juga bagasi.
Serious memang jimat betul jika beli belah persiapan raya time-time promosi sekarang ni. Baju kurung, selendang, beg tangan dan kasut memang wajib lah saya beli untuk diri saya dan anak.
Bukan itu sahaja ya, terdapat juga barangan harian rumah, barang-barang segar, barangan runcit seperti makanan dan bukan makanan turut terjual dengan harga yang cukup murah.
Masa puasa nanti, ramailah yang akan mencari kurma. Saya pun jika nak berbuka puasa, kurma yang saya akan makan terlebih dahulu. Di Lulu pilihan kurma memang cukup banyak serta berkualiti, yang terbaik dari seluruh dunia, yang diimport secara eksklusif untuk memenuhi keperluan umat Islam pada bulan suci ini.
Anda boleh mendapatkan Ajwa, Kudhri, Mejdoul dan macam-macam lagi dengan harga yang sangat berbaloi yang terdapat di bahagian roastery. Selain itu, terdapat juga makanan istimewa tempatan, India dan Arab serta pencuci mulut yang sangat sedap!
2. Bazar Raya (sehingga 21 Mei 2019)
Jika anda seorang yang suka membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya, anda boleh dapatkan penjimatan hebat dengan barang-barang promosi Must-have Raya seperti barangan elektrik, elektronik, kelengkapan rumah, kasut dan juga bagasi.
Jenama besar seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi turut serta dalam promosi Bazar Raya ini. Anda boleh dapatkan tawaran promosi ini yang berada di Aras 2.
Inginkan serba serbi baru pada Hari Raya nanti? Ini adalah masa yang tepat untuk membeli keperluan rumah agar rumah anda akan kelihatan baru untuk Raya ini! Memang gah le RayaJangan ketinggalan tawaran hebat ini!
3. Peraduan Dream Drive (1 Mei – 1 September 2019)
Selepas Peraduan “Shop & Win” yang berjaya tahun lepas, Lulu sekali lagi mengadakan pertandingan yang sama, dan kali ini dengan hadiah yang lebih baik dan menarik.
Pada tahun ini, 2 Proton X70 sebagai Hadiah Utama bersama-sama dengan hadiah yang lebih menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Baucar Hadiah Lulu. Wowww…memang cukup lumayan hadiah-hadiah yang diberi. Uishhhh…bestnyalah hadiah dia. Tak leh jadi ni, saya pun nak join jugak le..mana tahu rezeki berpihak pada saya..hehehe.
Kalau anda nak join pun boleh aje, syaratnya mudah aje, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan :
Berbelanja sebanyak RM75 dan ke atas dalam satu resit dari Lulu Hypermarket & Department Store semasa tempoh promosi.
Dapatkan kupon cabutan bertuah anda.
Masukkan ke dalam kotak undian.
Mudah aje kan! Untuk pemilihan pemenang, akan diada 2 sesi, yang pertama akan diadakan pada 5 Julai dan yang lain akan pada 6 September 2019. Pelanggan juga boleh merujuk di FB LULU untuk butiran mengenai terma & syarat.
4. Promosi Mingguan (pada hujung minggu)
#gallery-0-5 { margin: auto; } #gallery-0-5 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 50%; } #gallery-0-5 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-0-5 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
Apa yang best juga, setiap hujung minggu, para pelanggan juga boleh menikmati tawaran hebat keatas makanan segar, makanan panas, roti dan barangan runcit, serta barangan terpilih dari kategori lain dalam promosi hujung minggu khas. Haa…kalau anda sibuk bekerja, boleh juga dapatkan promosi yang diadakan pada hujung minggu.
Macam mana? Syiok betul kan promosi yang ada di Pasaraya Lulu ni? So apa tunggu lagi, #jomkelulu dan cepat-cepatlah rebut peluang keemasan yang diberi! Jangan lupa tau tarikh yang diatas (kalau lupa tak dapek akak nak nolong dah..hehehe).
Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari :
Jom Ke Lulu Hypermarket Dan Nikmati Promosi Hebat Sempena Ramadan Dan Raya 2019 Lately ni bukak aje radio, mesti akan dengar iklan kurma. Itu menunjukkan Ramadan dah makin hampir. Cepat betul ya masa berlalu, pejam celik pejam celik, dah nak Ramadan.