Allah berinteraksi menggunakan ayat yang sesuai dengan realiti hambaNya. Allah tahu hambaNya akan sentiasa bergegas, bersegera, berlumba-lumba dan berkejaran terhadap apa yang mereka perlu dan penting dalam hidup mereka.
Orang yang beriman, apabila mereka sedar sudah melakukan dosa dan kemaksiatan kepada Allah. Mereka akan berkejaran dan bergegas untuk memohon keampunan dariNya, kerana keampunan Allah itu sangat penting dan lebih penting dari segala-galanya dalam hidup mereka.
Dalam keadaan masa yang semakin suntuk, kematian pula setiap detik berkejaran untuk menjemput mereka, sedang mereka tidak mengetahui..








