Kibarkan Jalur Gemilang di Wangsa Maju!
Ada komen bahawa sambutan hari kebangsaan agak hambar, sedikit sebanyak disebabkan oleh insiden bendera gantung terbalik. Namun, semangat cintakan negara harus ada. KEADILAN Wangsa Maju menyediakan lagi banyak bendera untuk dipacak di sekeliling Setapak bagi memeriahkan suasana. Semaikan rasa hormat kepada negara. Kibarkan Jalur Gemilang. Setinggi yang boleh, sekuat yang mampu.













