alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah...
tanpa henti dan berulang kali ucapan ini ku lafazkan ke hadrat Illahi tuhan yang Maha Kuasa. aku tak tahu dan bagaimana lagi untuk ku lafazkan kata syukur kepada Nya. dengan apa yang ku perolehi kini membuat aku rasa syukur dan bertuah sangat2. aku punya keluarga yang amat sempurna, punya sahabat dan teman2 yang setia, berdiri di tempat yang ramai impikan. dan kini ditemukan dengan seseorang yang amat berharga dan sempurna buat diri ku, dia lah kekasih hati ku, miss S. :) alhamdulillah~
walaupon telah terpisah sekian lama tanpa khabar atau berita [13tahun jugaklah] dan kini bertemu kembali. jujur ku katakan, tidak pernah aku merancang untuk jatuh cinta pada nya. tapi aku percaya bahawa Dia punya alasan dan Dia yang Maha Mengetahui, Dia yang mengurniakan hati dan perasaan pada diri ini dan kini hati dan perasaan ini telah terpaut pada si dia. segala yang ditempuhi bersama dengan miss S amat mudah dan di rasakan segala saling mengerti dan melengkapi. tidak pernah jugak aku terfikir akan ada rasa sebahagia begini sehingga tidak dapat aku lafazkan dengan kata2. alhamdulillah. :)
dan kini buat pertama kali nya kami berjauhan :( sungguh aku tidak pernah merindui seseorang sebegini sekali walaupon baru sehari berjauhan [ceh! Pa ngengade tangkap lentok lebey2 plak! :P ] tapi dia pergi hanya untuk menjadi salah seorang daripada jutaan jemaah. pergi ke tempat yang paling indah dan paling di berkati Illahi. di sini aku memohon jasa baik rakan2 dan teman2 untuk sama2 mendoakan miss S dan ibonda nya selamat pergi dan selamat pulang. segala urusan nya dipermudahkan dan tenang2 saja di sana serta dikurniakan kesihatan berpanjangan ketika di sana. amin~ :)
p/s : jangan kasik pak arab bawak kamu lari..!!! :P
p/ss : rindu2 pon still macho n xde nanges2 okey..!! aku still macho je laa ~_^
p/sss : amirah..leh click kt name dia n kat situ de citer from her side ^_^
p/ssss : thanx for that lovely video. cant wait for next episode!