[Jalan Pintas Ke Syurga] Siapa tidak kenal Ali bin Abi Thalib r.a? Nama yang cukup harum dalam sejarah islam. Tetapi kenalkah kita kepada saudaranya, Jaafar bin Abi Thalib r.a? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Nama Jaafar mungkin tidak sepopular Ali. Namun, kisah hidup Jaafar begitu memukau sebenarnya. Seawal tahun ke 5 kerasulan, Jaafar telah bersedia untuk disusun hidupnya oleh dakwah islam. Beliau mengetuai rombongan hijrah ke Habshah. Lama Jaafar tinggal di sana, sehingga beliau ketinggalan banyak kesempatan berdamping dengan Rasulullah & team "central" sahabat yang lain dalam ilmu & amal terutamanya di medan perang. Jaafar bin Thalib hanya mulai kembali ke pangkuan sahabat yang lain setelah Kota Khaibar dibuka, iaitu sekitar tahun ke 7 Hijrah, setelah lebih kurang 15 tahun lamanya! Kita tidak tahu apakah Jaafar masih berutusan dengan Rasulullah, terus menerus mendapat bekalan tarbiyah sepanjang hijrah itu. Namun reaksi Rasulullah sewaktu kembalinya Jaafar mengisyaratkan tiada. Disebut dalam kitab Sirah, diriwayatkan Rasulullah bersabda ; لا أدري بأيهما أنا أشد فرحاً بفتح خيبر؟! أو بقدوم جعفر Aku tidak tahu yang mana antara dua yang lebih patut aku gembirakan, pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?! Yang ingin kita highlights di sini, Jaafar ternyata tidak kekok, tidak merungut akan serba kekurangan dia dari sesetengah sudut berbanding sahabat yang lain. Mungkin hafalan Qur'an beliau sedikit. Hadis yang sempat beliau talaqi pun tidak banyak. Namun, beberapa ketika setelah pulang ke Madinah dari hijrah yang lama, beliau telah bersedia untuk disusun sekali lagi. Kali ini namanya tersenarai sebagai calon panglima perang, memimpin peperangan Mu'tah. Jaafar sanggup. Walaupun di sana ada isyarat dia akan syahid. Barangkali dia tahu, inilah satu satunya jalan untuk menebus 'ketertinggalan' beliau berbanding sahabat lain. Inilah jalan pintas ke syurga. Sesungguhnya Allah menghitung amal-amal kita. Allah menghitung pengakhiran kita. Bukan sebanyak mana bahan yang dikaji & daurah yang dihadiri. Semoga jiwa kita sebesar jiwa Jaafar bin Abu Thalib. Yang mengajarkan kita jalan pintas ke syurga ☺️ http://telegram.me/muassis










