seen from China

seen from Malaysia

seen from United States

seen from United States

seen from Malaysia
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from Argentina

seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from United States

seen from United Kingdom

seen from United States

seen from Australia
seen from United States

seen from France
seen from United States
Opss Maksiat Hari Natal #MAIJ (at Pusat Islam Iskandar)
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sosial/2015/02/09/hanya-4-3-peratus-dari-1-6-juta-penduduk-islam-johor-bayar-zakat-harta/
Hanya 4.3 peratus dari 1.6 juta penduduk Islam Johor bayar zakat harta
LEDANG, 9 Februari:
Johor mungkin antara negeri paling maju dan kaya di negara ini selain Selangor dan Wilayah Persekutuan, namun hanya kira-kira 75,000 orang atau 4.3 peratus penduduk Islam di negeri paling selatan Semenanjung Malaysia itu yang direkodkan membayar zakat harta.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Md Rofiki A Shamsudin berkata, sebanyak RM197.5 juta zakat harta diterima pihaknya daripada pembayar zakat tahun lalu, dan jumlah itu adalah amat rendah jika dibandingkan dengan penduduk Islam di negeri itu yang secara keseluruhannya berjumlah 1.6 juta orang.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah Tahun 2015 Peringkat Daerah Ledang di Dewan Pusat Pengajian Al-Quran Masjid Jamek Tangkak, hari ini.
Turut hadir Kadi Daerah Ledang, Sheikh Mohd Zaini Mohd Salleh dan Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Ledang, Sairozi Subakhir.
Md Rofiki berkata, sehubungan itu pihaknya akan mengadakan lebih banyak penerangan tentang perlunya membayar zakat harta.
MAIJ menyediakan pelbagai saluran membayar zakat antaranya melalui potongan gaji bulanan, bayaran di kaunter bank, pejabat Pos dan perbankan Internet.
Selain itu, beliau juga berharap lebih banyak syarikat korporat di Johor tampil membayar zakat perniagaan kepada MAIJ.
MAIJ mensasarkan kutipan zakat perniagaan sebanyak RM230 juta tahun ini.