#MakeColek #KelantanFood #DKReviews #DKFoodReview #DKRecommends #KelantanTop5 Tempat "ccolek" di Kok Mad, Tumpat ini "has got to be in Kelantan Top 5 Ccolek Place" di Kelantan. Terletak lebih kurang 20 minit dari bandar Kota Bharu, Kedai Colek Kak Ani mmg antara yang paling dicari pada bulan Ramadhan. Kelebihan ccolek di sini ialah setiap jenis colek dilengkapkan dengan sos ccolek yang berbeza. Sebagai contoh ccolek ayam dan ccolek perut adalah berlainan. Terdapat PELBAGAI pilihan di sini. Daripada segi harga saya kurang pasti ccolek untuk 4 orang tadi berharga RM55 termasuk beberapa gelas air. Lokasinya pula ialah jika anda memandu dari Kota Bharu, pastikan anda menghala ke Palekbang dan Kok Majid. Kedai Colek Kak Ani (sebelah kanan) terletak di hadapan peti surat Pos Malaysia- YANG SANGAT BANYAK sebelum Jeti Kok Majid. Mereka dibuka dari jam 8 pagi hingga habis sekitar jam 1 pagi setiap hari sehingga malam terakhir Ramadhan. Jangan lupa "tag" saya jika anda berpeluang ke sini. Okeh ♫ Music: Soul Asylum - Runaway Train (at Colek Kok Majid)












