Hari Tanpa Lapar (Journée sans Faim) adalah hasil buah fikiran komuniti pelajar Malaysia di Perancis (diolahkan dari idea asal dengan nama yang sama di Malaysia) untuk memberi makanan dan barang keperluan asas harian kepada gendalangan di sekitar bandar di Perancis seperti Aix-en-Provence, Besancon, Grenoble, Nice, Rennes, Tours, dan Toulouse.
Program ini bukan bertujuan untuk menamatkan penderitaan atau kadar kemiskinan tempatan. Namun, ianya adalah satu simbolik kepada satu budaya tolong menolong dalam masyarakat, ko-habitasi, nilai-nilai yang penting dalam sebuah masyarakat demokratik. Kami juga berharap dengan menukar paksi perhatian massa kepada kerja kebajikan dan kebaikan volunterism, program ini dapat memberi inspirasi kepada individu (khususnya pelajar),komuniti atau badan mahasiswa yang lain untuk menyumbang dan membaiki kondisi masyarakat tempatan (pertembungan/kontak social), dan tentunya program ini bertujuan menaikkan rasa empati kepada golongan yang memerlukan. Di tengah kehangatan krisis pelarian/ imigran di Eropah, program ini merupakan representasi kenyataan dan pendirian anak muda dari Malaysia dalam krisis ini iaitu; kita semua manusia, kebaikan tidak mengenal darjat, pangkat, harta, agama dan bangsa. Walaupun di mana kita berada, di sekitar kita tentunya ada manusia yang memerlukan cinta kita. Jangan takut dan was-was dalam memberi kerana cinta boleh mengambil bentuk sehiris tomato dalam 2 lapis sandwich.