MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBAIKPULIH & MENAIKTARAF MASJID PUTRA, PUTRAJAYA. PUTRAJAYA, 27 Oktober 2022 - Majlis Menandatangani Dokumen Serahan telah diadakan di antara YBrs. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bagunan) dan YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM bagi Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Masjid Putra, Putrajaya pada hari ini. Projek ini telah dianugerahkan kepada Syarikat Jejak Teknologi Sdn. Bhd. dan kerja-kerja telah bermula sejak 16 Jun 2020 dengan kos kontrak asal berjumlah hampir RM13 juta. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM, YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan, JPM,YBrs. Ir. Anita binti Mohamed Shafie, Pengarah JKR Putrajaya, YBrs. Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, tetamu jemputan, pegawai serta kakitangan jabatan/agensi. Semoga penyerahan ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak terutama para jemaah. #MasjidDiHatiku #masjidputra #igmasjidputra #igersmalaysia #ig_malaysiabest #putramosque #putrajaya #jejakteknologi #jkr #syukur #fyp #Alhamdulilah (at Masjid Putra, Putrajaya - Wilayah Persukutuan) https://www.instagram.com/p/CkQrkuCBn8I/?igshid=NGJjMDIxMWI=













