#MatKilau ni sangatlah best dan berbaloi untuk ditonton. Action packed sampai tak senang duduk. Deep! Ayat dari skrip dia semua makan dalam menusuk kalbu anak bangsa yang mahu berfikir. Barisan pelakon veteran dan pelakon muda yang super padu. Fattah Amin pun dah power bukan kayu macam korang cakap lagi macam dulu-dulu. Haha. Beto pula tak payah cakap la dah memang sah power sikit lagi dia nak overshadow Mat Kilau lakonan Adi Putra. Pelakon tambahan sampailah ke orang putih memang yang betul hebat juga. Memang betul yang pandai berlakon bukan tangkap muat mat saleh tengah jalan-jalan kat Chow Kit tetiba ajak berlakon. Hahaha. Pelakon watak jahat benar-benar nampak jahat sungguh sampai rasa nak flying kick je dari jauh. Huhu. Anda memang hebat Pak @yayanruhian. Skrip mantap, plot cerita best, cinematography cukup cantik, cuma color grading filem ni je bukan fav saya tapi itu tak lah jadi masalah untuk saya enjoy filem ni dari awal sampai habis. Oh ya, masa tengok saya rasa apesal aku macam tengah tengok drama Gerak Khas je ni. Ooo patutpun kemain ramai pelakon Gerak Khas dalam ni. Detektif Lim jadi cina rambut separuh tu berdekah la siot. Hahaha. Thanks @zhafvlog & @gscinemas untuk tiket ini serta tahniah @syamsulyusoffilm & @studiokembara dengan hidangan filem yang berkualiti dan bersungguh macam ni. #OhmediaWayang (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/CfK5-TvPt95/?igshid=NGJjMDIxMWI=














