ISNIN
Hari ni betul-betul sibuk Kak Pah di tempat kerja. Nak membawang pun terkejar-kejar, boleh bayangkan tak? Nak membawang pun tak chill... Hahahaha Anyway, sedikit stress di tempat kerja sebab bila tengok bos stres, kita auto jadi stres sebab kesian kat bos. Iyelah, semua plan business dia jadi berantakan dalam bulan ni. Segala parts, segala materials untuk product baru dia, asyik bermasalah sejak awal bulan Jun ni! Kesian pulak tengok! Apa? Kesian kenapa? Iye lah, bila product tak dapat siap, tak dapat ship ke customer! Bila tak dapat ship ke customer, maka tak dapat jual! Bila tak dapat jual takde sale! Takde sales maka takde income! Takde income macamana nak dapat bonus kencang bro! Simple math bro!! Bukan kita nak pekerja terbaik, tapi kerja dengan baik sebab nakkan $$$ tu, ada faham? Haihhh...... Itu pun tak reti!


















