Tak sangka pulak macam ni logo Milo dulu-dulu ya? Siap ada gambar orang angkat Lembu Jantan lagi kat belakang. Haha! Produk Milo masuk ke Malaysia pada tahun 1950. Mungkin sebab tu la diorang keluarkan tin limited edition dengan design 1950-an ni. Air pun rasa sebijik macam air tahun 1950 tau. Tapi yang tu bohong. Mana lah nak tahu rasa dia camne tahun 1950 tu 😂 . Produk Milo berasal dari Australia dan tercipta pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne (seorang inventor). Nama Milo datang dari nama ancient athlete dulu-dulu iaitu Milo of Croton. Beliau ni memang terkenal la sebab selalu menang kalau berlawan. Tapi paling orang tak boleh lupa, dia angkat lembu rilek je kat atas bahu. . Tu gambar si Milo la tu yang ada kat design asal tin Milo. So lepas ni gelaran budak Milo dah tak terpakai la sebab kita dah tahu panggilan Milo tu untuk orang yang sihat & kuat ya. Haha. . Teringat pulak iklan Milo ni masa Ohmedia kecik dulu. “Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!” Haha. Sampai bila-bila terbenam dalam kepala. Itu belum cerita pasal lori Milo lagi. . Kenangan Lori Milo yang tak boleh lupa dia punya rasa yang sedap gila dan satu lagi, kita dapat cawan kecik je sorang satu tapi cikgu dengan anak cikgu boleh pulak isi satu botol air besar. Masa tu lagi #ohmedia dah sedar yang dunia ini tak pernah adil 😂 #OhmediaMilo #Milo #MiloMalaysia #MiloLimitedEdition (at Pejabat Urusan Oh Media Network) https://www.instagram.com/p/CASPygTlLhu/?igshid=tyd777jflj6x









