Alhamdulillah. Rezeki hari ni.. Satu naskhah Al-Quran bertajwid kpd setiap peserta tadarus al-Quran anjuran nisa Perlis.. Sedikit perkongsian, Seperti yg kita sedia maklum dan diberitahu berulang kali bahawa di bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan al-quran. Sama-sama kita memuliakan kalam2 Allah ini. Antara cara kita memulikan al-quran adalah dengan membacanya. Baca, faham dan amalkan. Al-Quran ni kalau kita tengok pun dah dapat pahala, apatah lagi membacanya. Dan pahala pula dikira setiap huruf yang kita baca tu. MasyaAllah.. punyalah banyak pahala yang kita dapat. "Saya tak lancar baca quran. " Jangan risau. Tak reti tak pa. Kita blaja sampai reti. Tak lancar, kita blaja sampai lancar. Kalau malu nak baca depan ramai orang, cari teman yg kita selesa dan boleh dgr dan betulkan bacaan kita. Org yang kurang lancar baca quran, dapat dua kali ganda pahala. Pahala baca al-quran dan pahala cuba belajar al-quran even tersekat-sekat. Subhanallah. SayangNya Allah kat kita.. Rugi kan kalau kita tak rebut pahala ni.. Jangan sebab kita tak lancar baca al-quran, kita tinggal terus. Usahala baca perlahan-lahan. Belajar perlahan-lahan. InsyaAllah niat yg baik akan Allah permudahkan.. Wallahuallam. p/s:pesanan ini juga ditujukan khas buat dri sndiri.. Cepat sungguh masa berlalu. Menghampiri 10 terakhir Ramadhan.. Semoga Allah ampunkan kita semua.. #18ramadhan #nisacircle #nisaperlis











