Dah nak 2 bulan pakai Apple Watch Ultra ni, ada beberapa perkara yang boleh dah la saya kongsikan. 1. Langgar dinding, dinding berparut. Langgar kereta, kereta bercalar. Terketuk kepala kau, kompem lebam. Dan dia masih macam tu juga. Sangat kuat gila dengan body dibuat dari aerospace-grade titanium, bahagian belakang dengan ceramic dan skrin dari sapphire crystal. Bagi saya, material je pun dah justify harga RM3,799 dia. 2. Masalah bila pakai Apple Watch, ada kerisauan soal bateri. Melihat pengguna Apple Watch pakai jam yang tak hidup ke sana-sini tu perkara yang sangat biasa ye selama ni. Hahaha. Tapi bukan dengan Apple Watch Ultra. Saya langsung tak fikir pasal bateri dia walaupun sentiasa pakai walaupun masa tidur (untuk track kualiti tidur). Lepas 2 hari bila teringat nak charge baru la saya charge dan biasanya bateri masih tunjuk 30% ke atas dengan kegunaan saya. 3. Semua Apple Watch Ultra adalah versi LTE. Kalau korang guna Digi macam saya, ada tambahan RM10 pada bil untuk aktifkan nombor yang sama di Apple Watch Ultra. Ini bermakna, kalau keluar tak bawa phone pun, korang boleh buat atau terima call macam biasa guna Apple Watch Ultra sahaja. Ada banyak lagi nak share tapi tak cukup ruang pulak. Haha. Takpe nanti saya sambung dalam part selanjutnya. Ada soalan yang bermain di fikiran, boleh tanya ya ☺️ #AppleWatchUltra #OhmediaApple (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/Cl87hDSPKqE/?igshid=NGJjMDIxMWI=