Pejam celik rig ni dah nak masuk 5 tahun. Still rockin’ 🤩 #ohmediapcmasterrace #ohworkspaces (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CW8HRrEPYLM/?utm_medium=tumblr
seen from Russia
seen from Germany
seen from United States
seen from United States

seen from United States

seen from Italy

seen from United States

seen from Sweden

seen from Bulgaria

seen from Italy

seen from Sweden

seen from Slovenia
seen from United Kingdom
seen from France

seen from Australia

seen from Slovenia

seen from Italy

seen from United States
seen from United States

seen from Malaysia
Pejam celik rig ni dah nak masuk 5 tahun. Still rockin’ 🤩 #ohmediapcmasterrace #ohworkspaces (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CW8HRrEPYLM/?utm_medium=tumblr
Tambah 2TB lagi khas untuk game sahaja. Game ni bila dah masuk dalam Steam collection, rasa sayang nak padam sebab anytime je kita boleh rasa nak main balik. Jadi penyelesaian terbaik adalah tambah hard disk lagi lah. Seagate FireCuda ni pilihan terbaik secara keseluruhan bagi tahun 2020 sebab ianya lebih laju dari HDD tapi tidaklah selaju SSD. Mereka panggil SSHD (Solid-State Hybrid Drive). . Untuk sebuah PC, WAJIB untuk korang install Windows OS dan semua software penting dan selalu guna kat dalam SSD. Tapi untuk game, movie, dan gambar-gambar korang tu sumbat kat dalam hard disk dah memadai. #OhmediaPCmasterrace (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/CDBVLNiF3zs/?igshid=17jxbxae6shg4
My precious! Pejam celik dah 3 tahun dah. Impian sejak kecil lagi ni tapi sibuk fokus kerjaya dan kehidupan dulu. Bila rasa dah letih, barulah boleh buat apa termampu. Haha! . Setakat ni belum ada apa yang di’upgrade sejak dari mula dibina. Dalam perancangan terdekat, GTX 1080 Ti tu akan digantikan dengan RTX 2080 Ti dan tambah satu lagi storage untuk game dengan masuk satu set lagi Seagate Firecuda 2TB SHHD (ni tunggu barang sampai jer). . Perlu ke? Tak perlu sangat pun sebenarnya tapi wajib ditunaikan sebab ni impian kecil yang perlu terus dilaksanakan untuk kepuasan diri 😂 . Segala perkongsian pasal pc ni ada di hashtag #ohmediaPCmasterrace ya. (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/CC0XRWnlaHd/?igshid=x1l0sbjy3hpq
Grand Theft Auto V tengah free lagi tu kat Epic Games Launcher sampai 21 Mei 2020 ni. Kalau ada PC power tu boleh download cepatlah sebelum habis. Kalau belum ada PC yang power pun, korang boleh purchase jer dari sekarang untuk sekadar add to library. Nanti dah ada PC yang power, baru install. . GTAV ni antara game wajib ada la untuk semua orang walaupun banyak lagi game lain korang minat. Sebabnya apa sahaja yang korang terfikir nak buat dalam game, boleh dibuat dalam GTAV ni. Antara game paling enjoy la nak main dengan kawan-kawan pun. . Based on record kat Steam, #ohmedia dah main game ni selama 278 jam setakat ini di PC. Itu belum campur dengan masa main kat zaman PS3 dulu dan PS4. Haha. . Selepas 7 tahun dikeluarkan, GTAV ni masih lagi dijual pada harga RM119 di Steam. Masih mahal dan laku keras. Ni bila ada peluang nak dapat percuma, memang masa yang sesuai la untuk korang miliki. . Psst! @omgesport akan dibuka semula bermula Isnin ini (dengan SOP yang ketat). Bagi korang yang ada di Seremban, jemputlah datang ya! Lagi satu ingat bahawa “We lead, others follow”. #gtav #OhmediaGaming #OhmediaPCmasterrace (at Pejabat Urusan Oh Media Network) https://www.instagram.com/p/CARISPxFzEb/?igshid=aqwcwvnl670t
Silly me... beli ni ingat dapat mouse sekali kat dalam. Agak-agak ler. Tentulah tak dapat sebab ni mouse pad aje. Haha! Tapi ni bukan mouse pad biasa la sebab dia ada Qi Wireless Charging sekali. So boleh guna untuk charge smartphones yang menyokong wireless charging dan juga wireless mouse. . Jadi nak taknak kena order mouse dia pulak la. Kalau Corsair, mouse yang menyokong wireless charging adalah Dark Core RGB SE. Nanti Ohmedia akan share lebih dekat pasal mouse dan mousepad ni. . Sebagai pengguna iMac tegar dengan keyboard dan mouse wireless sepenuhnya, adalah menjadi impian #ohmedia untuk ada set Windows PC juga tanpa wayar atau setidaknya seminimum mungkin. Ini projek yang sedang berjalan sekarang. Stay tuned ya! #OhmediaPCmasterrace #OhmediaCorsair #OhmediaNewToy #277 (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/B6NEWXWlzfZ/?igshid=oesivshwltt0
#OhmediaNewToy: Akhirnya dah tak boleh tahan lagi kena beli jugak #Corsair K95 RGB PLATINUM Mechanical Gaming Keyboard ni. Hahaha. . Keyboard ni akan gantikan Razer BlackWidow Chroma yang sedang digunakan sekarang ni. . Sebab utama peralihan kerana sekarang ni barang #OhmediaMissWhite semua dah guna Corsair tinggal keyboard je yang masih guna Razer. Maka berlakulah masalah problem nak sync RGB pada workspaces. It’s all about ecocsystem. Haha. Ingat Apple je ada? Hehe. . Harga keyboard ni RM748 kalau beli kat Lazada. Tak mahal harga tu untuk sebuah Corsair yang semua orang sedia maklum soal kualiti produk mereka berbanding jenama lain. Ohmedia dah tengok kat Lowyat semua memang jauh lebih mahal berbanding online. . Jadi siapa nak beli keyboard Razer BlackWidow Chroma Ohmedia yang digunakan sekarang ni, boleh DM tepi la yer. Hehe. . #OhmediaPCmasterrace #OhmediaCorsair #CorsairK95Platinum #CorsairK95rgb (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/B6AgjUlFebE/?igshid=3joewuie0pul
Sajalah pairing Macbook Pro dengan monitor ni tadi nak tengok apa rupa MacOS bila kat monitor super lebar ni. . Sambungan dari Macbook Pro ke Samsung Ultrawide Gaming Monitor ni semudah ABC jer gais! Pejam mata pun boleh setel. Kalau memang slow tahap gaban pasal tech pun boleh setel sendiri. Huhu. . Sambungan guna cable HDMI aje dari tu. Adapter Thunderbolt to HDMI kat gambar ke-4 tu, #ohmedia beli kat Lazada dengan harga RM10 ajer. Jangan buat gila beli dari Apple sampai beratus tu pulak untuk benda yang sama fungsinya (walau kualiti mungkin berbeza). Hahaha. Ala adapter aje pun asal boleh guna sudah. . Overall, monitor ni memang baik kalau nak gaming boleh atau nak buat kerja pun lagilah boleh lagi-lagi untuk tujuan video editing. . Korang yang tanya pasal Soundbar yang dapat free dengan monitor ni hari tu, jawapannya Ohmedia tak gunakan untuk PC ni tapi gunakan secara standalone. Pasal sounbar tu nanti kita cerita dalam post lain yer. #OhmediaPCmasterrace #Samsung #Apple #SamsungGamingMonitor (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/B5Z1XMeFpqX/?igshid=cab77b9rgwd4
Bahaya penangan ultrawide gaming monitor ni sampai korang takde mood lagi bila guna atau main game pakai monitor ratio biasa lagi. Setan apa yang merasuki mu? Setan ultrawide 😂 #OhmediaSamsung #SamsungUltrawide #UltrawideGaming #OhmediaPCmasterrace #OhmediaMissWhite (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/B5XJ2V8l543/?igshid=g5eewynhoj62