Ramai nak tahu pasal ni lepas tengok IG Stories tempohari. Tool macam ni #ohmedia rasa semua kereta patut ada. Dengan harga cuma RM20 tak mustahil suatu hari nanti boleh menyelamatkan nyawa kita dan nyawa orang yang tersayang. . Kualiti binaan sangat solid jadi sesuai untuk korang lekatkan kat dalam kereta. Ada 3 warna untuk dipilih iaitu hitam, silver, dan merah. Ada banyak brand lain dengan features seakan sama tapi #Baseus ni paling solid, minimalist, cantik, dan berpatutan. . Features dia ni mekanikal sahaja tak perlu bateri dengan 2 in 1 yang mana sebelah kiri untuk pecahkan cermin dengan sekali push dan sebelah kanan pula untuk potong seatbelt korang. . Masa bila nak guna tu korang boleh fikir sendiri segala kemungkinan yang boleh jadi setiap kali memandu kereta terutamanya bila kereta terjunam ke dalam sungai, tasik, atau longkang besar sekalipun. Terbalik then terbakar masa tu la seatbelt sangkut atau jem. Jadi korang nak buat apa masa tu? Hmmmm. . Jenis kematian paling menyeksakan adalah lemas. Jadi insyaAllah benda ni mampu jadi asbab untuk selamatkan diri kita kalau panjang umur. Ianya nampak tak penting, tapi sampai masanya bila perlu nanti menyesal kalau tak ada. Masa tu nak menyesal pun dah terlambat oiii. . OM tak jual benda ni tapi beli kat Shopee jer. Boleh tengok gambar last kalau korang nak beli dari seller yang sama (atau swipe up di IG Stories sementara belum hilang tu ya). . Oh ya, kat dalam kotak dia siap bagi cermin kereta lagi tu. Tebal gila. So bila dapat barang ni, korang boleh cuba sendiri guna cermin yang dia bagi tu. Jangan cuba kat kereta member pulak. Hahaha. . Paling penting, jangan salahguna. Hiduplah sebagai manusia paling berguna atas muka bumi Allah ni. Sekian. - @ohkhai . #OhmediaShopee (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CGd92Q-lqcx/?igshid=us8ul5xqejzr









