Semalam keluar result SPM, tapi sampai sekarang si Hero masih belum mahu menunjukkan result SPM dia, seperti ada sesuatu yang disembunyikan 😆😁😆, Heroin jew yang lapor, tahniah 😍.... Walau apa pun result anak abah Muhammad Fitri Faqimi, abah tetap bangga dengan mu, sebab abah yakin, rezeki itu telah ditentukan sejak azali, tidak kurang sedikit dan tidak akan lebih sedikit, segalanya dalam aturan ketetapan yang Maha Esa.... Disini abah tinggalkan beberapa pesanan Luqman Al-Hakim untuk diri kalian jadikan pedoman: "Wahai Anakku! Aku berpesan kepadamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya pasti kamu akan sentiasa berada dalam kebaikan, iaitu duitmu untuk kehidupan dunia dan agamamu untuk kehidupan akhirat.". "Wahai Anakku! Dapatkanlah seribu kawan kerana seribu kawan masih sedikit dan janganlah kamu cari seorang musuh kerana seorang musuh sudah banyak.". Dan yang terakhir, "Wahai Anakku! Sesungguhnya manusia itu dibahagikan kepada tiga bahagian: satu bahagian untuk Allah, satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian untuk ulat. Adapun yang untuk Allah maka rohnya. Untuk dirinya adalah amalannya dan untuk ulat adalah tubuh badannya.". Maka kalian renungkanlah sedalamnya, agar kalian tahu bahawasanya kehidupan ini bukanlah sia-sia, kita akan dipersoalkan kembali kelak apabila kita pulang kerahmatullah.... Kalian adalah kebanggaan ku, semoga Allah anugerahkan kepada kalian martabat Anak Soleh, Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.... #Faqir #OneMysterious # (at Yob Wan Al-Ceroki Garden) https://www.instagram.com/p/B9ZqADwnBxS/?igshid=oeyu04nkwkbm