>>>Macam Mana Caranya Untuk Dapatkan Kulit Yang Lebih Glowing & ianya Lebih Mudah Dari Apa Yang Anda Fikirkan<<< . . Ada ketika masa kita rasa kulit macam tak berseri, tak bermaya ..tau tak, sebenarnya banyak cara untuk mencapai impian nak dapatkan kulit glowing ni😍 . . Tak kisah sama ada nak pakai sunblock atau lebihkan minum air dalam rutin harian ada, sebenarnya memang mudah nak dapatkan kulit yang glowing, glowing tak semestinya kulit kena jadi putih, kulit sawo matang, hitam manis, kuning langsat pun akan jadi glowing kalau amalkan cara2 seperti di bawah . . Teruskan baca ye… . . Minum air : Kulit kita kadang hilang lembapannya jika banyak terdedah dengan cahaya matahari, jadi pastikan kita sentiasa cukup minum air sekurang- kurangnya 8 cawan air. Elakkan minuman berkafein sebab ia bersifat diuretik yang buat anda lebih dahaga selepas anda minum. . . Melembap: Melembapkan muka anda adalah permulaan yang baik, tetapi bukan bahagian muka sahaja yang kena lembapkan. Leher anda dan bahagian atas dada anda perlu juga disapu pelembap sebab bahagian yang mudah untuk timbul garis halus atau tanda penuaan. . . Hidup sihat : Yang ini sudah pasti, sebab makanan yang seimbang dan senaman memang membantu anda untuk dapatkan kulit yang sihat dan Glowing. Seperti contoh buah & sayur mengandungi vitamin yang kulit anda pun suka😘 dan untuk kebaikan keseluruhan tubuh badan anda. . . Pakai sunblock: Masih lagi ada segelintir yang mengabaikan penggunaan sunblock sedangkan pendedahan kulit di bawah cahaya matahari boleh mempercepatkan penuaan. Jadi anda perlulah guna sunblock setiap kali keluar rumah dan sepanjang tahun. 🌞 #minumair #pakaisunblock #hidupsihat #melembab (at UShayna Beauty) https://www.instagram.com/p/Bq7XfIogrif/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1i0veuqhsb685














