budak akai... #pembuli
seen from Malaysia
seen from United States

seen from United States
seen from United Kingdom
seen from United States

seen from United States
seen from Malaysia

seen from United States
seen from China
seen from Singapore
seen from United States
seen from China
seen from United States
seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from United States
seen from Brazil
seen from United States

seen from United States
budak akai... #pembuli
Good Morning Sunshine. 💕 #morningbully #pembuli #animal #cat #silvermonkey #monkey #cats
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/19/pembuli-jalanraya-dituduh-khianat-dan-buat-ugutan-jenayah/
Pembuli jalanraya dituduh khianat dan buat ugutan jenayah
PETALING JAYA, 19 November:
Khoo Kok Ann, 58, lelaki yang gambarnya tersebar di laman sosial kerana dipercayai membuli seorang pemandu wanita, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu dan didakwa dengan dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan meludah serta membengkokkan bilah pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap mangsa.
Tertuduh, seorang pengarah syarikat juruperunding bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan kereta dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik seorang pembantu peribadi, Alisa Thean Wei Yun, 45, dua hari lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Khoo didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di susur keluar ke Putrajaya, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) kira-kira jam 8 pagi 17 November lalu.
Mahkamah menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.