Ada pendaki, kepuasannya bila berada puncak destinasi. Ada juga yang puas dengan menghargai nilai sebuah perjalanan melayan pewai semasa menuju destinasi. Ada yang cukup sekadar melarikan diri dari kesibukan kota. Kalau tanya aku, aku puas dengan melihat rakan seperjuangan di #PemudaISMA bersama beruzlah di pergunungan, mengasah fikiran dengan bertadabbur sambil mengamati alam, merehatkan diri dengan majlis ilmu setelah seharian melayan pacak, dan menambah nilai iman dengan menyediakan diri menjadi lebih jantan. (at Baha Camp) https://www.instagram.com/p/Brz0pFSg98e/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1ecurxt0r3xhw











