New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/01/bekalan-elektrik-di-terengganu-pulih-sepenuhnya/
Bekalan elektrik di Terengganu pulih sepenuhnya
KUALA LUMPUR, 1 Januari:
Bekalan elektrik di Terengganu dipulihkan sepenuhnya pagi ini di mana kesemua Pencawang Elektrik (PE) yang terpaksa di potong bekalan elektrik disebabkan banjir, disambung semula.
Ketua Koordinator Pengurusan Banjir Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Abdul Aziz Abdul Majid berkata, status bekalan elektrik untuk negeri Kelantan semakin beransur pulih dengan jumlah PE yang masih belum dipulihkan terus menurun kepada 1,036 pada jam 8 pagi ini (1 Januari 2015) berbanding 1,216 pada waktu yang sama semalam.
Menurutnya, jumlah beban tenaga yang terpaksa dipotong juga terus menurun kepada 45 MW (megawatt) berbanding 50 MW semalam.
“Setakat 8 pagi ini, 35 set janakuasa bergerak dengan kapasiti hingga 1,000 kVA (kilo Volt Ampere) juga telah dioperasikan di Kelantan.
“Kami juga sedang berusaha untuk memasang beberapa lagi set-set janakuasa ini dilokasi-lokasi yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Abdul Aziz yang juga Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB, jumlah PE yang masih belum dipulihkan di Pahang turut menurun kepada 319 setakat pagi ini berbanding 355 petang semalam.
Jelasnya, di Perak pula bekalan elektrik juga semakin pulih dengan PE yang masih belum dipulihkan pada 57.
“Setakat 8 pagi ini, kehilangan beban di Pahang adalah 20.94 MW (19.9 MW semalam), sementara di Perak pula adalah pada 2.99 MW (3.31 semalam),” ujarnya.












