New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/03/09/jenazah-harun-salim-bachik-selamat-dikebumikan/
Jenazah Harun Salim Bachik selamat dikebumikan
Jenazah pelawak terkenal tanah air, Allahyarham Harun Salim Bachik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves kira-kira jam 11 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Mutmainnah, Taman Pandan Perdana.
Harun Salim Bachik menghembuskan nafas terakhir di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Perak semalam.
Dia dikatakan terjatuh ketika ke tandas di sebuah stesen minyak di hentian berkenaan sebelum tidak sedarkan diri.
Ketika itu, arwah bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas dalam perjalanan dari Pulau Pinang.
Antara rakan artis yang hadir pada pengebumian itu ialah Afdlin Shauki, Zed Zaidi, Awie, Imuda, Azza Elite dan Den Wahab.