"Mahukah aku ajarkan kamu kalimah yang mana kalau kamu amalkan kalimah ini, Allah akan hilangkan stress (tekanan) dan masalah hutang kamu akan dipermudahkan Allah?"
- Ustaz Elyas Ismail

seen from United States

seen from Malaysia

seen from United States
seen from China

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from Poland

seen from United States
seen from China
seen from United States

seen from Poland
seen from United States

seen from United States
seen from China
seen from United States
"Mahukah aku ajarkan kamu kalimah yang mana kalau kamu amalkan kalimah ini, Allah akan hilangkan stress (tekanan) dan masalah hutang kamu akan dipermudahkan Allah?"
- Ustaz Elyas Ismail
"Jangan kita letakkan syarat di atas bahagia. Saya akan bahagia kalau begini. Saya akan bahagia jika dapat begini. Jangan. Kerana orang yang meletakkan syarat begitu, beliau sedang mencorakkan jalan kekecewaan."- Ustaz Syed Putra Haizam
"Orang yang berdoa, bererti dia telah menyandarkan harapannya kepada Allah atas semua kedhaifan dirinya. Dengan doa pula bermaksud dia sedang memohon Kekuasaan-Nya atas segala permohonannya."
Hadis di atas bermakna menumbuhkan sikap optimis bagi mereka yang seolah sudah terjerumus ke dalam kemelut hidup, rezeki yang kurang, sakit dan sebagainya.
Sabda Nabi itu juga boleh menjadi khabar gembira bagi siapapun yang selama ini merasa hidupnya hanya diliputi dengan penderitaan dari hari ke hari.
Berdoalah, Allah sentiasa mendengar. Mari mulakan sekarang.
Bismillah.
Ada 1 doa yang sangat ringkas namun sangat hebat. Bacalah pada setiap selepas solat. Kita bersyukur kepada Allah dan mahu kesyukuran itu dipanjat sentiasa.
Mahu kesihatan yang baik, bersyukur dengan kesihatan sekarang. Mahu rezeki yang banyak, bersyukur dengan rezeki sekarang. Begitulah.
Kena tanya diri kita setiap hari, semalam apa yang aku belajar. Kemudian untuk hari ini minta siap-siap dengan Allah untuk kita dapat lagi ilmu. Doa begini:
“Ya Allah, aku hidup lagi hari ini, beri aku ilmu saat aku bercakap dengan sesiapa, beri aku ilmu saat aku keluar rumah, beri juga aku ilmu saat aku pulang ke rumah. Dan beri aku ilmu saat aku sentiasa mengerjakan pahala atau kebaikan Ya Allah.”
Ketika merasa sunyi, berzikirlah. Ketika merasa gembira, bersyukurlah. Ketika marah, beristighfarlah. Ketika merasa sedih, bersujudlah.
Jangan tunggu kaya-raya baru nak sedekah. Sedekahlah untuk jadi kaya. Sedekah tak semestinya dalam jumlah yang banyak, dan sedekah tak semestinya dengan duit. Kata-kata yang baik juga sedekah.
Yakinlah, jika kita selalu memberi kita akan ditambah lagi rezeki. Insya-Allah. Kadangkala kita pelik, kenapa setengah orang tenang dan ada saja rezekinyakan? Iya. Sebab dia selalu berniat dan sangka baik serta mudah bersedekah.
Jadi, janganlah terlalu berkira terutama dengan ahli keluarga kita dan orang yang pernah buat baik dengan kita. Ikhlaskanlah, kerana Allah. Moga kita semua diberkati, insya-Allah.
- @arnamee
Seseorang itu menjadi musuh apa yang tidak diketahuinya. Kita risau jika banyak kita tak tahu tentang islam, kita akan memusuhinya dalam diam.
Jika ragu-ragu, kita bertanya / teliti dahulu. Kumpul maklumat, tambah ilmu dan pastikan baru sebar / berikan pendapat. Moga kita sentiasa menjadi lebih bijak & matang; selalu.