Dah la harga tak sampai RM80 sehari, dapat kunci motor, ada Wifi, lepas tu sarapan best boleh pilih nak makan apa. Persekitaran yang best tenang je jiwa bila buka laptop buat kerja kat sini. Senang cerita Pop! Hotels Kuta Beach ni gerenti #ohmedia datang lagi kalau berkerja atau bercuti lagi di Bali. So tamatlah 3 malam di Pop! Hotels Kuta Beach. Terima kasih sebab murah dan best. . 3 hari ni explore Bali jer so tak perlu hotel mahal-mahal sebab nak buat tempat letak barang sahaja dan tidur sahaja. Lebih banyak habiskan masa di luar. Tapi kalau dapat hotel yang best kira bonus la. . Dah penat berjalan, baru sampai masa untuk chillax perah otak menzahirkan idea-idea baru. Kejap lagi kami berempat nak masuk ke sebuah villa yang harga dia lebih kurang RM1,000 pulak untuk 1 malam. Nanti kita bezakan ya mana yang lagi best. Hehe. . Mahal tak semestinyanya bagus dan murah tak semestinya sampah. Kata-kata ni bukan hanya terpakai dalam memilih tempat penginapan ketila bercuti sahaja, malah juga terpakai bila mencari calon isteri (hantaran). Hahaha. Tetiba. K bye. . 📷 Galaxy Note8 #OhmediaSesatDiBali #PopHotels #Bali #KutaBeach (at Pop Hotel Kuta)







