Aameeen 🤲 Reposted from @pdrmsia_official #COVID-19 VIDEO PILIHAN: PERJALANAN TERAKHIR KOPERAL SAFWAN KE DUNIA ABADI Ipoh, 4 Mei 2020 - Jenazah anggota polis yang maut dirempuh pacuan empat roda ketika melakukan sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor selamat dikebumikan di Tanjung Rambutan awal pagi, hari ini. Jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata jam 6 pagi sejurus selesai azan Subuh. Terdahulu, jenazah tiba jam 5.20 pagi dengan van jenazah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diringi 25 kenderaan dari Hospital Serdang. Suasana di tanah perkuburan diselubungi pilu dengan alunan bacaan Yassin oleh ahli keluarga yang tiba pada jam 4 pagi. Lebih 300 penduduk kampung, anggota polis dan rakan-rakan yang hadir mengiringi jenazah. Hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Polis Perak, CP Dato' Razarudin Husain, Komander 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, SAC Tuan Abd Razak Yusof dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Dato' Fadzil Ahmad. Ibunya, Norriza Mat Sani, 53 yang bertolak mengiringi arwah dari Serdang kelihatan sayu ketika menyertai majlis tahlil untuk arwah. Dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) jam 2 pagi semalam, Koperal Safwan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol. Sumber berita: @beritaharian #StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN - #regrann https://www.instagram.com/p/B_yLFQznCQj1SKo2Cz_sgNmHvaN1JguUwa25vA0/?igshid=1nbifbsd4ec3h













