Kita mungkin tidak sedar semasa mengeluh dengan nikmat yang kita ada, ada di kalangan teman rapat kita yang hanya dapat memendam rasa.
“Bila lah aku nak jadi macam dia”
“Kalau aku jadi dia aku akan bersyukur sangat”
Ada orang yang nak jadi kita, nak duduk di tempat kita, nak miliki apa yang kita sedang miliki.
Bukan sikap suka hak milik orang ingin saya tekankan di sini.
Bersyukur akan nikmat yang diberi. Perbaiki diri dalam melakukan lebih banyak kebaikan dan jauhi dari merosakkan hati.
Ingatlah bahawa rezeki Allah yang beri. Cepat atau lambat, Dia dah susun dengan teliti.







