New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/10/ditembak-4-das-dari-jarak-dekat/
Ditembak 4 das dari jarak dekat
Seorang warga Indonesia maut ditembak penyerang bermotorsikal ketika berada di sebuah restoran di Jalan Raja Bot, malam tadi.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, mangsa berusia 40 tahun bekerja sebagai subkontraktor ditembak empat kali di bahagian belakang.
Tembakan turut mencederakan seorang pelayan wanita yang berada berhampiran.
“Wanita yang juga warga Indonesia, bekerja sebagai pelayan restoren berkenaan mengalami kecederaan di kaki dalam insiden jam 7.40 malam itu.
Siasatan mendapati mangsa pergi ke premis berkenaan untuk berjumpa pemilik restoran, yang juga kenalannya.
“Mangsa ditembak sebelum sempat duduk di kerusi. Mangsa yang dibawa ke hospital oleh pemilik restoran, disahkan meninggal sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL),”katanya. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat, untuk membantu siasatan.