Watak kartun popular, The Smurfs akan mengadakan persembahan 'The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' di @resortsworldgenting bermula 26 Mei hingga 24 Jun 2018. Ia dibawakan khas bersempena dengan ulangtahun ke-60 karektor kartun ini. Persembahan selama 70 minit itu akan menampilkan dua pertunjukan muzikal extravaganza yang akan menampilkan nyanyian dan lakonan secara langsung dalam kostum Smurf. Dipersembahkan buat kali pertama di Malaysia, makhluk biru yang comel itu akan dipentaskan di Genting International Showroom. Diarahkan John Rowe dan koreografi oleh Katie Kermond daripada Millennium Entertainment International, The Smurfs Live On Stage -The Smurfs Save Spring mempersembahkan kisah mengenai kehidupan Smurf pada musim bunga. Layari www.rwgenting untuk maklumat lanjut. #thisisreef #REEFISM #REEFISMTERRITORY #resortsworldgenting #comeonup #RediscoverGenting #TheSmurfs #SmurfsHappiness (at Resorts World Genting)














