Attending New Business Venture Training #iQiRENza in the house! #RizaMahmud @adrianseowmarketing (at IQI Global) https://www.instagram.com/p/Co6SLGlLBPe/?igshid=NGJjMDIxMWI=

seen from India

seen from Türkiye
seen from Netherlands
seen from Kyrgyzstan
seen from South Korea

seen from Türkiye
seen from Norway
seen from Spain
seen from Malaysia

seen from United States

seen from Malaysia
seen from China
seen from China
seen from China
seen from United States
seen from China
seen from South Korea
seen from South Korea

seen from United States
seen from United States
Attending New Business Venture Training #iQiRENza in the house! #RizaMahmud @adrianseowmarketing (at IQI Global) https://www.instagram.com/p/Co6SLGlLBPe/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Assalamualaikum mak @makwahindun & kawan2 yg disayangi.. 😘 1st week kami niaga @gvrgardencafe , clutch kereta buat hal pukul 3 pagi. Tido dlm kereta, tunggu matahari naik, call member mekanik. Alhamdulillah settle. Bengkel kat Genting Permai tu, buta2 dia suruh tukar gear box! 😡 Minggu kedua, bateri kereta plak buat hal pukul 11 pm. Call lagi member. Dia tolong carikan bateri 2nd sementara siang. Alhamdulillah dpt guna +-2 hari, pagi tadi dah meragam balik 😂. Bkn salah bateri actually tapi socket cigarette lighter yg problem. Apa lagi? Call la member lagi! ☺️ Tung tang tung tang, sampai lah ke Batangkali, terpaksa juga tukar bateri baru 😑... Trade in bateri 2nd yg baru beli tu.. Haish....mcm2 dugaan. Baru nak niaga kumpul duit bayar sewa, dia mai kacau kut lain plak... 🙈 Apapun Alhamdulillah kereta dah boleh panjat bukit balik... 😁 Harap takde lagi yg menghalang. Amin 🤲🏻 LOVE 💕 #RizaMahmud https://linktr.ee/shahriza (at GVR Garden Cafe) https://www.instagram.com/p/Ca6bsWMr9Lj/?utm_medium=tumblr
Day 44 Assalamualaikum mak @makwahindun Genap 44 hari mak tinggalkan kami dan sudah 11 hari Kza berniaga di @gvrgardencafe Genting Highlands. Rindu mak setiap saat. Terbayang senyuman dan terngiang suara keceriaan mak setiap waktu menggembirakan kami walau dlm kesakitan yg disembunyikan. Sehingga saat akhir, mak tetap bertahan dgn hanya sedikit kerutan di dahi andai terlalu menahan kesakitan...😔 Alhamdulillah mak dah tenang & happy di sisi-Nya, InsyaAllah... Amin 🤲🏻 Mak, selalunya mak akan call bertanyakan khabar. Setiap perkembangan positif atau negatif, Kza akn mengadu panjang kpd mak. Ianya berlaku sejak azali. Mak tak pnh gagal memberikan kata2 semangat. Sewaktu Kza di asrama dulu, Kza demand mak kirim surat setiap hari sebab sehari tak terima surat mak, Kza akan bersedih, hilang semangat. Kza akan berlari ke bilik warden setiap pulang sekolah & merenung jauh ke luar tingkap sehinggalah posmen muncul di pintu pagar asrama menghantar surat mak ke asrama. Dah macam org bercinta 😁 tapi waktu tu tak pernah bercinta dgn org luar, cuma bercinta dgn mak saja 💞🤗. Mak, Kini semuanya tinggal kenangan manis yg memeritkan utk diletak ketepi 🥺. Kza dah takde sesiapa seperti mak yg menerima segala baik buruk Kza dgn penuh kesabaran & doa yg tak putus dlm setiap solat mak 🥺. Mak tak pernah tinggikan suara, mak TAK PERNAH marah2 mcm watak mak2 yg Kza lakonkan dlm drama2 tv mahupun pentas. You are not even close to those character 😁. Kza membebel ni asalnya nak ngadu ngan mak tentang 11 hari di sini...☺️ Walaupun cuti sekolah, walaupun tempat pelancongan tapi 10 hari bertarung, terasa perit juga utk teruskan. Byk dugaan namun setiap kali down, Kza pancarkan wajah mak di depan screen minda Kza, maka Kza akan kuat kembali ☺️. Alhamdulillah 🤗. Semalam, hari ke 10 adalah hari yg terbaik sepanjang berada di sini. Kalau tidak, nak bayar sewa tapak pun paras hidung 😂. Semalam Kza & abg @iamsaddiqraffali happy sgt. Kalau mak masih di sini, Kza pasti akn terus call mak! 🥺 Takpe lah...kat sini pun boleh cerita ngan mak. Kwn2 Kza pun boleh dengar sama 😍. Nanti Kza sambung lagi na, dah penuh ruang taip posting ni 😁. LOVE YOU, MAK 😘 #KakZa #RizaMahmud (at GVR Garden Cafe) https://www.instagram.com/p/CayOJnQvp9o/?utm_medium=tumblr
Assalamualaikum, Hai you allszzz! Moga sihat walafiat hendak-Nya & dimurahkan rezeki. Amin 🤲🏻. Esok Jumaat, boleh plan dah naik Genting lepak makan2 kat GVR Mobile Cafe ye! 🤗😘 Jemput2! LOVE 💕 #RizaMahmud http://gvrgardencafe.kyte.site http://linktr.ee/shahriza (at GVR Garden Cafe) https://www.instagram.com/p/CaoekHnJmZt/?utm_medium=tumblr
Day 32 23 Jan - 23rd Feb Assalamualaikum mak @makwahindun Hari ni kami bertolak pulang untuk mula niaga bersama @foodtruckvalley di depan @georesortmy mulai lusa Jumaat 25hb Feb sehingga 20hb Mac 2022. Selalunya Kza akan minta mak ayah tolong doakan setiap kali Kza akan mulakan sesuatu yg baru & penuh cabaran tapi kali ni 🥺.....tadi sewaktu bersalaman dgn ayah, Kza dah minta ayah doakan utk kami... Mulai esok busy lah kami, takde cuti sebulan 😁. Mak, Doakan Kza & Abg Saddiq @iamsaddiqraffali sihat walafiat, berjaya & dimurahkan rezeki ye.. Amin 🤲🏻 Kawan2 semua, jemput datang support ye. Mulai 25 Feb pukul +-11am sampai 11pm. Ada meja kerusi, boleh lepak2 ambik udara sejuk Genting 🤗 . See you all! LOVE 💗😘 #KakZa #RizaMahmud https://linktr.ee/shahriza (at Plus Highway Utara Selatan) https://www.instagram.com/p/CaTV6P0PWb6/?utm_medium=tumblr
Day 20 Assalamualaikum mak @makwahindun 😘 Setelah 5 hari rest atas katil, tgh mlm tadi terasa kaki makin kuat. Sakit saraf yg mencucuk-cucuk macam relax skit. Kza rasa macam dah boleh bangun berlari 😁. Despite mcm2 yg bersarang & berserabut dlm otak, terasa mcm ada sesuatu. Kza bangun & berdiri di tepi katil. Kebiasaannya Kza akan terhoyong-hayang kalau tgn tak berpaut pd tongkat atau kerusi TAPI awal pagi tadi Kza boleh berdiri tanpa tongkat. Kza beranikan diri memijak lantai dgn kaki kiri. Alhamdulillah Kza dh mula rasa kaki kiri bertambah kuat! Walaupun masih tak boleh tampung berat bdn utk melangkah tapi Kza dah boleh tipu2 menjengket/k. Dah rasa kaki kiri mula bekerja! Alhamdulillah. Kza capai tongkat & keluar bilik. Show off kat @iamsaddiqraffali 🤣 , "Look! Look!" Kza berdiri dpn Saddiq, pegang tongkat guna kedua belah tgn di depan & bkn di kiri kanan ketiak. Kza tunjuk kat dia, terhenjut-henjut beberapa langkah kecil, ada la seinci setiap jengketan langkah 🤣. Kebiasaannya mmg tak boleh pegang tongkat di depan! Alhamdulillah 🧑🦯🧑🦽😍 It's a good sign, even though Kza tahu bila start kayuh laju2 balik, ambik masa lagi utk rest & dapatkan momentum ni. Apapun I am going there! Yes! Semuanya berkat doa mak, ayah, adik beradik & semua para sahabat di seluruh dunia!!! 😁😘💐 Alhamdulillah 🤗 TERIMA KASIH ATAS DOA2 KALIAN YG DITERIMA ALLAH S.W.T 🤲 Kita tgk berapa lama lagi Kza nak boleh berlari ye mak! 🏃🚴🏊 Baru setahun lebih... 😉 Ok! Kza nak sambung buat fisio. 😘 LOVE 💗 #KakZa #RizaMahmud https://linktr.ee/shahriza (at Bandaraya Alor Setar,kedah DarulAman) https://www.instagram.com/p/CZ0wcF9r1vn/?utm_medium=tumblr
Day 19 Assalamualaikum mak @makwahindun 🤗❤️😘 Hari ni Kza ingat nak try masakan org. Nampak gambar asam pedas pari macam best. So Kza order utk ayh tapi.....yg dpt ikan kerisi yg mak & ayah tak suka. Tulang byk. Ayh selalu tercekik bila mkn. Kza order 2 set plak tu 😖. Terus Kza pesan ngan Yus, jgn bagi ayah makan 😭. Ikan dah la hancur, warna pucat & tak rasa pun asam pedasnya. Rasa mcm air letak cili saja. 😑 Seingat Kza, tak pnh lagi Kza tukar sesuka hati order pelanggan. Kalau apa yg org minta dah habis atau tak mampu kita usahakan, Kza akan beritahu & cadangkan alternatif lain. Kalau dia setuju, ok. Kalau tak setuju pun ok. Kalau cancel order pun ok. Itu hak dia. Namun bila Kza terkena dgn penjual lain....bila kita dah order, dah terliur tunggu makanan sampai, sesuka hati dia tukar menu yg kita order dgn lauk lain, sedih sgt rasa 🥺. Nak bagi ayah mkn plak tu. Semata2 duit dah bayar, dia bagi je lauk yg kita sama2 tak suka tu. Sayur taugeh dia plak penuh dgn topi hitam. Hemm.... 😏 Moga rakan2 peniaga makanan semua jgn buat mcm ni ye. Orang berharap pasal makanan ni jgn dibuat main. Boleh murung seabad 😁✌️. Mak, dah 4 hari Kza sakit2 bdn, rasa lemah, letih, mcm2 rasa ada. Mungkin sebab 15 hari (hari ni 19) menanggung rindu & airmata jatuh sendiri setiap masa. Haishh... It's ok mak, mak dah tahu kan? Kza ok je.. InsyaAllah 🤗💝💐 Kza tgh busy-kan otak ni 😁. Macam2 perancangan disusun. Doakan yg terbaik ye mak. Dulu Kza selalu call mak utk doakan kejayaan Kza tapi kali ni Kza ckp terus je ngan mak. Mak dengar kan? 😊 Ok mak. Have a great day! Assalamualaikum! LOVE 😘 #KakZa #RizaMahmud https://linktr.ee/shahriza (at Bandaraya Alor Setar,kedah DarulAman) https://www.instagram.com/p/CZyUydZvOD2/?utm_medium=tumblr
. Day 13 - 2 Alhamdulillah majlis utk mak @makwahindun Hindun Mohd Darus hari ni berjalan lancar. Walaupun kami keletihan seharian memasak & melayan tetamu namun kami cukup puas. Semua nampak ceria sambil bercerita tentang kerinduan mereka kpd mak yg sgt mereka sayang. Alhamdulillah. 💖 Mak, hari ini, 11 tahun yg lalu, mak tak tahu duduk diam. Ada saja yg mak nak buat utk majlis pernikahan Kza & Saddiq Raffali 🥺 yg bakal berlangsung pd 5 Feb. Mak cukup berseni & kemas dlm kerja2 kreatif. Mak sanggup berhabis tenaga & wang demi anak2 mak. Mak tak tidur malam menyediakan segala mcm kelengkapan! Mak, esok 5 Feb hari ulang tahun perkahwinan Kza & Saddiq. Setiap tahun genap jam 12 mlm, mak pasti jadi org pertama mengucapkan selamat kpd Kza & Saddiq 😢. Begitu juga di hari lahir kami, namun hari lahir Saddiq baru2 ni 20 Jan, mak lemah di hospital. Mak dah tak boleh bercakap. Tiga hari kemudian, mak tinggalkan kami buat selama-lamanya 😢. Tengah malam ini, takde lagi WhatsApp call, takde lagi voice note, takde lagi mesej, takde lagi doa2 dari mak 😭....... Mak, InsyaAllah Kza kuat tapi di saat ini, airmata Kza laju mengalir bagaikan air hujan... Oct 25th 2021, ucapan & hadiah harijadi terakhir dari mak utk Kza adalah hadiah yg paling istimewa & berharga 😢. Terima kasih mak.... Terima kasih atas segala pengorbananmu yg tak mungkin dapat Kza balas hingga kiamat 😭... Assalamualaikum mak... SAYANG MAK SAMPAI SYURGA. LOVE 💝 #KakZa #RizaMahmud https://linktr.ee/shahriza https://www.instagram.com/p/CZj0z5ZPvFs/?utm_medium=tumblr