Perbezaan ketara dapat dilihat di kolam takungan Taman Eng Ann dan kawasan longkang sekitar. Tindakan pantas oleh agensi berkaitan seperti LUAS, Unit Bencana, Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan semua pihak yang terlibat membantu menguruskan kejadian pencemaran ini. Tugas-tugas pembersihan telah dilaksanakan sejurus selepas aduan dan proses siasatan. Kerja-kerja mitigasi dan membendung pencemaran turut dilaksanakan terutama kunci air Bukit Kuda bagi mengelakkan air tercemar mengalir ke Sungai Klang. Kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan. Kawasan longkang telah 100% bebas dari sisa kimia. Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat. Saya akan terus memantau keadaan semasa hasil laporan agensi yang terlibat. #selangormaju #selangorsejahtera #selangorsungaibersih #sungaiselangorsihat #airbersih #setia #majubersama #selangor19 (at Selangor) https://www.instagram.com/p/BvEXu_knM4j/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=3l1yft55oz2t