THROW BACK !!! MB SELANGOR MENZIARAH ALMARHUM Kerajaan Negeri Selangor menerima berita yang amat mendukacitakan pagi ini bahawa YB Tuan Bakhtiar bin Mohd Nor, Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Semenyih telah meninggal dunia jam 4.45 pagi ini di Hospital Kajang. Allahyarham berusia 56 tahun. . Allahyarham adalah seorang wakil rakyat yang prihatin dan juga giat dalam memperjuangkan nasib penduduk kawasan Semenyih. Semasa hayatnya, Allahyarham sering meluangkan masa berbincang dengan saya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai inisiatif bagi penduduk kawasan Semenyih. Di peringkat Dewan Negeri Selangor, Allahyarham merupakan anggota Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT). . Sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hulu Langat, Allahyarham juga memainkan peranan penting dalam Pakatan Harapan Selangor. . Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Bakhtiar bin Mohd Nor atas pemergian ini. Saya mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan untuk mengharungi ujian yang amat berat ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat Allah swt serta dikurniakan husnul khatimah. . Al Fatihah #mbselangor #alfatihah #partipribumibersatumalaysia #keadilanuntuksemua #ziarah (at Selangor) https://www.instagram.com/p/BsmO8tonomc/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=p0lf1zenis0v