ADAB MERANCANG & BERAZAM وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا (23 إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (24 Maksud: Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi, kecuali (dengan menyebut), 'Insya Allah'." Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa, dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.” [Surah al-Kahfi: 23-24] **Menurut Ibn Jarir Al-Tabari, ayat ini berisi pengajaran adab untuk Nabi S.A.W. Baginda dilarang untuk memastikan apa yang akan terjadi pada masa hadapan melainkan dengan menyandarkannya kepada kehendak Allah. Sebab segala sesuatu hanya boleh berlaku apabila dikehendaki oleh Allah. Kisah Nabi Sulaiman Ibnu Daud a.s dan lafaz Insya-Allah Sulaiman bin Daud a.s berkata: “Aku akan mengelilingi (menggauli) 100 orang isteri pada malam ini. Nescaya nanti akan lahir daripada setiap orang tersebut anak lelaki yg akan berjuang di jalan Allah.” Malaikat berkata kepadanya: “Katakanlah Insya-Allah.” Tetapi Nabi Sulaiman tidak menyebutkannya dan baginda lupa. Kemudian dia mengelilingi isterinya. Tetapi seorang pun tidak melahirkan anak melainkan seorang sahaja, itu pula dia menjadi setengah manusia (khunsa). Rasulullah S.A.W bersabda (yg bermaksud): “Sekiranya Sulaiman menyebutkan Insya-Allah, nescaya (kehendaknya) tidak akan dibelakangkan serta lebih diharapkan supaya hajatnya dipenuhi.” [HR Imam Bukhari] #surahkahfi #tadabbur #sunnahjumaat (at University of Malaya)