"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just don't give up."
- Teme Abdullah
seen from United States
seen from Malaysia
seen from Netherlands

seen from United States
seen from China
seen from China

seen from Russia
seen from China

seen from New Zealand
seen from Hong Kong SAR China
seen from Serbia
seen from India

seen from New Zealand
seen from Japan

seen from Israel
seen from United States

seen from New Zealand
seen from New Zealand
seen from United States

seen from United Kingdom
"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just don't give up."
- Teme Abdullah
Arkitek Jalanan
"Mad, pen mahal tak menjadikan lukisan itu mahal. But lukisan daripada seseorang yang mahal akan jadikan hasilnya mahal. Improve diri kau dulu, bukan peralatan kau." (m/s 118)
"Kalau aku nak ungkit dan bezakan diri aku dengan kau, aku boleh list down semua! Banyak perkara yang kau buat yang aku rasa aku tak ada kekuatan langsung nak tempuhi. Mana datang semua nikmat tu kalau bukan Allah yang bagi?! Pastu dengan ujian sekecik habuk ni kau nak rasa down?! Bapak sombong 'doh' kau" (m/s 258)
"Berkawanlah dengan aku kerana Allah. Sebab kita sama-sama nak masuk syurga. Kalau kau salah, aku tegur kau. Kalau satu hari nanti aku tersesat, kau jangan tinggalkan aku, kau kena bimbing aku balik.
Kalau kau hanya berkawan dengan aku kerana agama aku, kau akan tinggalkan aku bila hilangnya agama itu daripada aku. Kita bersahabatlah kerana Allah." (m/s 312)
Penulis Jalanan
Menurut penulis, cerita dalam buku ini bukanlah 100% rekaan, tidak juga 100% kisah benar, tetapi berdasarkan pengalamannya. Watak utama adalah Iskandar yang berimpian untuk menjadi seorang penulis. Semasa mengikuti pengajian pra universiti, dia menceritakan ideanya kepada seorang penulis terkenal. Tak terlintas di fikirannya penulis itu akan mencuri ideanya untuk menerbitkan sebuah novel yang…
View On WordPress
Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah
____
Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.
Harga asal: RM25
Pembelian hanya melalui online:-
Website: https://www.imanshoppe.com/products/pelukis-jalanan-by-teme-abdullah?_pos=1&_sid=a021d6d75&_ss=r&ref=umtusgqn
Guna kupon dengan kod AINKONGSI untuk dapat diskaun 5%
Shopee: https://s.shopee.com.my/AUedzadJ2O
Harga promo: RM20
Bayang Sofea
Saya suka novel ini sebab pemutarbalikan plotnya (plot twist) memang tak terjangka. Sofea bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat terbesar di Nusaraya. Dia berkawan baik dengan Tirrah, seorang pegawai keselamatan di syarikat itu. Anak Tirrah mengidap barah dan adalah peminat tegar seorang peninju bernama Danish. Kebetulan, Danish adalah kawan sekolah Sofea, maka Sofea membawa Tirrah…
View On WordPress
Penulis Jalanan - Teme Abdullah
“Kalau aku jadi penulis, tak ke mana. Aku tak boleh sumbang apa-apa.”
Akibat kekecewaan, Iskandar terus melupakan impiannya untuk menulis, hanya menumpukan perhatiannya terhadap pengajian dalam bidang seni bina. Setelah berjaya menjadi arkitek di luar negara, Iskandar mengambil keputusan besar untuk pulang ke negara kelahirannya demi kecintaan kepada tanah air.
Namun, perjalanan baru Iskandar tidak semudah yang disangka. Dia harus bermula semula dari kosong. Tidak mengaku kalah, Iskandar cuba mencari jalan. Namun, satu demi satu ujian muncul hingga terpaksa berhutang besar. Hidup Iskandar semakin tersepit.
“Ikiy …. Kalau kita asyik rasa kita mangsa keadaan, dan kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi, kita akan zalimi diri kita sendiri."
Ini kisah Iskandar, mencuba berjalan semula, dan menyuburkan kembali impiannya.
Harga: RM32
Klik sini untuk buat pembelian.
New books on the shelf. Just arrived today.
Empayar
"Siapalah kita untuk menghakimi kotor jernihnya seseorang. Kita semua ada dosa yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan umum. Bersederhanalah, dan kenanglah dosa kita sendiri," bicara Pelatih 8492 terhenti. (m/s 97)
"Ketika itu, ramai antara kita terpengaruh dengan tipu daya halus syaitan. Terlalu bodoh untuk maju ke hadapan. Pengembangan ilmu-ilmu itu tidak lagi menjadi keutamaan. Kononnya, ilmu itu semuanya ilmu keduniaan. Lalu, kita mula berkelahi di ekor alahan.
Ibarat melukakan diri sendiri, dan saling berebut untuk merawat luka yang tidak sepatutnya wujud. Masih banyak luka di badan yang perlu dirawat, namun kita ambil pisau dan menoreh diri sendiri. Luka torehan itu pula bisa membinasakan seluruh badan. Lama-kelamaan, luka itu busuk dan tidak dapat disembuhkan lagi. Akhirnya ummah pun mati." (m/s 238)
"Usahlah kau bimbang. Sebagai sahabat, aku pasti akan cuba membantu kau. Dan..., seperti yang sudah aku katakan tadi, walau apa pun yang berlaku, aku tetap akan menegakkan perkara yang benar."
Kepala Pelatih 6480 tertunduk sedikit.
"Terima kasih 8492...," kata Pelatih 6480 dengan mata berkaca-kaca. (m/s 286)