Ketua UPKO Putatan akui pernah terima duit RM1 Juta daripada Najib
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar kes perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd pada 23 April 2019, saksi ke-15 yang merupakan Bendahari Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Putatan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya juga telah menerima cek bernilai RM1 juta daripada Najib, iaitu pada Februari 2015. Datuk Seri Dr Markin @ Marcus Mojigoh, yang juga Ketua UPKO Putatan berkata, cek yang diterima itu adalah bagi menjalankan program parti termasuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Sabah. "Sebelum ini, pihak kami telah mengadakan mesyuarat bersama BN (Barisan Nasional) untuk memohon bantuan dengan agenda membantu rakyat. "Pada masa itu, kita tiada sumber kewangan, jadi kami beritahu kepada Datuk Seri Najib yang kemudian memberikan sumbangan tersebut,” kata bekas Ahli Parlimen Putatan itu. Muhammad Shafee: Adakah UPKO juga menggunakan dana itu mengadakan klinik perundangan secara percuma? Marcus: Ya ada, biro perundangan. Muhammad Shafee: Menolong untuk mendapatkan hak berkaitan tanah? Marcus: Ya betul. Muhammad Shafee: Dalam bidang Pendidikan juga? Marcus: Tak, tapi kami jalankan kursus keusahawanan kepada ibu tunggal. Muhammad Shafee: Najib setuju untuk beri dana tapi ada syarat? Marcus: Tiada syarat tapi kita senaraikan apa yang kita akan buat. Read the full article










