[ulasan buku] Terusir oleh Hamka
Ini merupakan kali pertama saya membaca tulisan Hamka. Saya membuat keputusan untuk membaca buku ini berdasarkan cadangan daripada peminat buku Hamka dan juga merupakan salah seorang pekerja dari pusat penerbitan.
Pada mulanya, saya merasakan saya akan menghadapi kesukaran untuk membaca buku ini memandangkan buku ini dari Indonesia. Walaupun Bahasa Malaysia dan Indonesia hampir sama, tetapi tidak untuk istilah dan dialek. Namun, saya diberitahu bahawa penerbitan buku ini telah menggantikan istillah yang jarang didengari dengan istilah dari Bahasa Malaysia untuk lebih menghayati. Jadi, buku ini masih menggunakan tatabahasa Bahasa Indonesia, tetapi diolah agar pembaca boleh memahami Bahasa Malaysia.
Buku ini mengisahkan seorang wanita yang dibuang oleh suami kerana fitnah dan jatuh maruahnya sehingga menjadi pelacur. Semenjak itu, dia tidak lagi berpeluang menjumpai anaknya kerana dihalang oleh bekas suami. Apabila bekas suaminya insaf, dia cuma mencari kembali, namun wanita itu telah jatuh teruk dari segi maruah.
Walaupun jatuh teruk, wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan maruah anaknya yang tidak pernah jumpa semenjak cerai. Saya selalu dengar ibu sanggup membuat apa sahaja demi anak. Dan dalam buku ini, ibu sangguo membunuh lelaki yang ingin menjatuhkan anaknya. Dan lebih menghayat hati, anaknya membela nasib wanita itu tanoa menyedai bahawa wanita itu adalah ibunya,
Bagi saya, buku ini bukan buku mengenai penebusan silap atau kemaafan, tetapi buku ini menekankan bertapa buruknya kesan fitnah dan akibat daripada tidak berfikir secara rasional dan menyiasat hal sebenar. Bagi saya, kita cuma boleh membuat keputusan selepas kita mengetahui semua perkara mengenai apa sebenarnya yang terjadi. Yang sengsara adalah mangsa (bekas isteri) dan anaknya yang dilindungi dari perkara sebenar.