Mengakhiri malam Jumaat semalam dengan bersulamkan sedikit penghayatan yang mendalam terhadap beberapa gagasan fikrah Syeikh Abdullah bin Mahfuz bin Bayyah. Sambil itu, sempat juga menghirup secangkir teh usai program buat pengubat jasad yang letih, namun minda seakan masih kekar asbab disirami dengan pemikiran segar melalui saudara penyampai yang juga merupakan penterjemah himpunan makalah ini sendiri; Ustaz Ahmad Naqiuddin bin Awaludin. Mula mengenali susuk tubuh mulia ini melalui media sosial setelah dikhabarkan oleh seorang sahabat yang senantiasa mengikuti rapat idea dan pemikiran beliau. Syeikh Abdullah, sebuah nama yang bukan sahaja terkenal dalam dunia Islam, bahkan mungkin seantero dunia. Menjadi tumpuan ramai atas manhaj beliau yang sederhana serta seruan beliau yang sering mengajak ke arah keamanan dan keharmonian. Sedikit catatan yang sempat ditumpahkan ke atas naskhah kecil peribadi semalam ketika Diskusi 5.0 anjuran The Thinkers boleh dirujuk dalam ruangan komen di bawah. #BinBayyahMalaysia #TheThinkers (at Institute of Graduate Studies, University of Malaya)