New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/04/time-dotcom-taja-ironman-70-3-putrajaya/
Time dotCOM taja Ironman 70.3 Putrajaya
Sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia, TIME dotCOM Bhd menjadi penaja kejuaran acara tahan lasak Ironman 70.3 Putrajaya, tahun ini.
Ironman 70.3 Putrajaya akan berlangsung pada 5 April ini melibatkan tiga acara iaitu renang sejauh 1.9km di Tasik Putrajaya, berbasikal sejauh 45km dan larian sejauh 21.1km
“Ini merupakan satu perkongsian yang menyeronokkan dalam membina satu sinergi hebat antara Ironman dan TIME yang dikongsi bersama, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ironman Asia Pasifik Geoff Meyer dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tarikan utama penajaan TIME pada kali ini termasuk pengenalan acara khas Cabaran Korporat TIME Kategori Berpasukan untuk menggalakkan syarikat korporat dan organisasi menyertai acara ini yang mana tiga pasukan teratas bakal menerima hadiah piala dan wang tunai.
Sebagai insentif tambahan, 10 pasukan korporat pertama yang mendaftar akan mendapat kembali yuran pendaftaran US$405 (RM1,486)masing-masing.
Pendaftaran Cabaran Korporat TIME ditutup pada 23 Mac ini.