TARIKAN MENARIK DI BACHOK: Daerah yang berjiran dengan Kota Bharu ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang akan saya kongsikan satu persatu. . Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tarikan ini yang cuma berada sekitar 30 minit dari Kota Bharu. Untuk artikel pertama ini saya kongsikan tentang Istana Bunian yang terletak di Kampung Tok Burung (Google: Istana Bunian utk lokasi) merupakan kediaman persendirian yang dimiliki oleh En. Hashim Abd Rahman dan dibina sendiri menggunakan konsep bunian. . Mengikut rakan saya, tuannya memulakan pembinaan sekitar tahun 1987 dan pembinaan masih berlangsung hingga sekarang. Antara unsur mistik yang berlegar-legar tentang pembinaan Istana Bunian ini adalah terdapat 'bantuan ghaib' yang membantu En. Hashim membina bangunan ini. . Mistik? . Semua ada di Kelantan. . #SupernaturalTourism ##VisitKelantan #UniquelyKelantan #Come2Kelantan #KelantanDirectory #RepostLaEtek (at Istana Bunian) https://www.instagram.com/p/BvZWHb6lyT6/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=le3gemac6kpa

















