NORMAL BAHARU DALAM E-LEARNING 😍 Alhamdulillah selesai tadi Virtual Class AUM dan seronoknya kelas ni walaupun dijalankan pada waktu malam namun begitu masih ramai yang sanggup bersama untuk belajar ilmu tentang mendigitalkan perniagaan masing-masing. Kami di Akademi Usahawan Mikro AUM sangat bersyukur kerana normal baharu dalam elerning menjadikan satu wadah yang terbaik untuk Usahawan terus menimba ilmu hanya dari rumah sahaja. Kami lihat ramai usahawan lebih tenang dalam Virtual Class kerana mereka belajar di rumah masing-masing. Ini memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk terus menimba ilmu dalam masa menjaga keluarga mahupun bersama dengan keluarga di rumah. Walaupun tadi kelas terlajak lebih dari setengah jam namun usahawan masih kekal dalam Virtual Class AUM dan terus bertanya soalan tanpa henti. Kami harap ilmu yang kami kongsi memberi manfaat kepada semua demi kelangsungan perniagaan dalam dunia digital era krisis Covid-19. Tahniah Dan terima kasih kepada semua. #AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow #virtualclassAUM #Digital #onlineclass https://www.instagram.com/p/CCYsrM-D_SR/?igshid=1081n67x4zlsb









