Ramai pelancong Muslim Malaysia tertarik melancong ke Xian, China kerana sejarahnya yang kaya, terutama berkaitan dengan Islam. Xian merupakan salah satu destinasi utama bagi umat Islam kerana terdapatnya Masjid Besar Xian, yang merupakan masjid tertua di China.
Selain itu, Xian juga terkenal dengan peninggalan sejarah seperti Tentera Terracotta dan budaya yang unik, menjadikannya tempat yang menarik untuk meneroka warisan Islam dan sejarah China secara serentak. Makanan halal juga mudah didapati di bandar ini.
Tempat Menarik Di Xian China: Xi'an adalah bandar yang paling dipilih di China di dalam senarai pelancongan bandar selepas Beijing.











