#OhmediaNewToy: Xiaomi Mi IR Motion Sensor Night Light. . Biasa jadi kan kalau korang keluar siang balik malam, masuk rumah bukan main gelap lagi? So dengan adanya device macam Xiaomi Mi IR Motion Sensor ni takdelah teraba-raba nak cari suis lampu sambil tersepak sana-sini. Kalau malas nak bukak lampu terus pun takpe lah cahaya dari benda ni pun dah memadai. Hehe. . Benda ni tak akan menyala waktu siang atau terang. Tapi bila malam atau ada kat tempat gelap yang mata korang samar-samar, barulah dia akan menyala. Itupun kalau dia detect ada sebarang pergerakan. Kalau dalam masa 15 saat dia tak detect sebarang movement, dia akan padam sendiri. . Device ni gunakan 3 bateri AA dan ada 2 mode boleh dipilih iaitu power saving dan maximum punya terang. #Ohmedia letak satu dekat area pintu masuk dan satu lagi dalam toilet so senang nak kencing time malam. Hehe. . Kalau korang hairan apehal Ohmedia ni suka sangat barang-barang rumah Xiaomi ni lepas satu satu, sebabnya kami dalam project nak convert rumah dan office jadi Smart Home & Smart Office dengan barang Xiaomi. Masih tak faham? Ok takpe korang buka Youtube dan search "Xiaomi Smart Home Products Explained" dan hadamkan sendiri mesti akan jelas. . Apa aje yang Xiaomi ni tak ada ye tak sampai ke periuk nasi pun dia ada. Periuk nasi pun boleh control guna Wifi!! Hehe. . 📷 Galaxy Note8 #OhmediaXiaomi #Xiaomi #XiaomiMotionSensor @xiaomimy #XiaomiSmartHome (at Oh! Media)















